Friday 22 November 2013

Unit Fisioterapi, Klinik Kesihatan Sungai Besar

Aku berjaya menghadirkan diri di sini. Awal dari waktu yang ditetapkan. Hujan lebat time aku nak gerak ke sini. Namun syukur... Hujan menjadi renyai sebaik aku memakir kereta di hadapan unit fisio ini. Tetapi terpaksa juga berjalan ke unit pesakit luar untuk pendaftaran.

Pengendali unit fisio ni seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini, seorang anak gadis muda yang lemah lembut dan comelllll. Baru 22 tahun umurnya. Namun begitu pendekatan dalam perkhidmatan yang diberikan amat bagus dan menenangkan pesakit. Aku suka caranya yang begitu teliti menerangkan punca dan sebab kenapa sesuatu itu perlu dibuat. Aku suka penerangannya yang memahamkan orang... 

Dan penerangannya membuatkan aku terasa rugi tak merangsang pergerakan kaki kiri aku yang mengalami foot drop dari awal lagi. Namun mengikut katanya ianya masih boleh dirangsang dengan membuat beberapa pergerakan yang diajar padaku.

Semoga akan ada sedikitt perkembangan foot drop kaki aku.... 




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.