Tuesday 31 March 2015

Betik- berbudi pada tanah

Betik ni mama nampak dah kena tebuk masa nak ambik tebu siang tadi. Yang petua untuk maniskan jagung rebus. Dah kena tebuk hujungnya. Tapi bila dijolok jatuh ke rumput, masih keras lagi. Masih ada hijau hijau lagi. Tapi macamana dah kena tebuk kami pun tak tau. Mungkin tupai yang teringin sangat kot. Sedekah tu nak juga tapi memandangkan hijau lagi kami belah la makan sikit. 

Malam ni makin kuning pula. Tapi nak makan lagi dah kenyang. 
Ini isinya yang betul betul masak. Tuaian yang dulu. Empat biji sekali masak. Pokok ni dulunya aku yang tanam. Berbuah sangat lebat. Tapi entah apa salahnya dah berhenti berbuah hinggalah bebulan bulan lepas, aku mulai sedar yang putik betik makin banyak dan makin besar.
Pokoknya makin meninggi. Kena ambil galah jolok baru sampai. Mungkin pokoknya makin matang. Kena lah fikirkan pelapis pokok ni pula. Nanti kehabisan bekalan betik pula.

Jemput makan semua...




Monday 30 March 2015

Tebu dan jagung

Ini rupanya tebu kecil aku yang baru ditebang dan terus dibelah dua untuk menjadi kawan jagung. Buat simpanan, petua dan panduan di masa akan datang dan kepada yang ingin mencarinya.

Dari wassap

Entri ini aku ambil dari whatsapp yang dihantar oleh rakan rakan.

Buah letup kelambu...

Ini buah apa? Kalau ikut kata mama, zaman kanak kanaknya buah ini dipanggil letup letup kelambu. Kerana buahnya ada di dalam.. Kalau masak bewarna oren. Boleh makan katanya. Tapi aku tak pernah cuba. Adakah sama dengan buah dari luar negara tu? Kena tanya diana kebun bahagia nie...

Jagung-Cameron Highlands

Ini jagung mutiara... 
Entri ini bukan pasal jagung sebenarnya.
Pasal gigi aku dan rahang..
Jagung baru diangkat. Masa rebus ni mama suruh masukkan sekali tebu. Jadi jagung yang sedia manis ni akan bertambah manis.. Petua orang tua tua.

Geram pula tengok isinya... Sebiji sebiji...


Ceritanya, dulu senang jer setongkol jagung ni aku gigit dan makan. Tapi sejak operate baru ni, nak gigit jagung dari tongkolnya. Gigi bawah kebas dan rasa tebal je rahangnya... Cuba juga gigit tapi kebas. Jadi guna pisau atau cungkil dengan sudu plastik je lah yer. 

Jadinya satu demi satu aktiviti kita boleh cuba untuk mengetahui kebolehan dan tahap keupayaan kita. Walau setelah pembedahan apa sekalipun, atau selepas kehilangan anggota atau tragedi yang menimpa tubuh badan kita, hanya kita yang mengetahui. Kerana tahap keupayaan kita beda dari orang lain. Doktor mungkin akan kata kita boleh buat itu dan ini tetapi hanya kita yang mengetahui tahap badan kita. Yang penting usaha, tawakal, redho dan tak putus asa. Itu paling penting.

Walau apa pun, jangan ada sikap putus asa. Kalau kita putus asa, susah nak sembuh dan kembali hidup dengan positif.

Subhanallah, cantik sungguh bunga ini...

Cantiknya...

Sekian entri untuk hari ini...




Sunday 29 March 2015

Hotel Titiwangsa-Cameron Highlnds-steam boat


Family day....

Boleh habis makan ka nie?

Dewasa Rm22.00 satu kepala. Kanak kanak rm16.00. Bufet steam boat.



Indahnya cactus-tiada bunga namun menarik...

Anak aku Haikal... Kiri kanan shopping cactus n bunga permintaan dia.... Periuk kera. Unik skit budak ni. Minat bonsai, kekwa n cactus. Yang bela? Hehehheheh faham faham je lah...

Besar besar bapak cactus kat sini. Dibela n dibaja inilah hasilnya.... Kalu kat umah pun, bela bertahun besar ni lah jadinya... Kot....

Layan gambar cactus gumuks



Wednesday 25 March 2015

Gule gule hidup

Sekarang atau entah sejak bila dipraktikkan jika kita diberi slip bekalan ubat oleh doktor pakar, katakan enam bulan, bila kita ke farmasi untuk amik bekalan ubat tersebut, baca slip ubat kita, kemudian pegawai di kaunter farmasi tu akan tanya soalan bila kita punya appoinment dengan doktor?

Pastu kalau lebih dari berapa bulan (aku tak pasti) ikut aku nyer kes 6 bulan. pas tu pastinya yang diberi hanya bekalan untuk tiga bulan sahaja dan selebihnya tiga bulan akan datang kena ambil lagi sekali.

Walaupun wujudnya pebekalan ubat melalui pos juga telah aku buat, memang efisien. Ubat dihantar melalui pos laju. Kemudian kita akan bayar kos penghantaran pos laju. Tak sampai rm10.00. Tapi kena isi borang bagai di kaunter masa nak mohon ubat dihantar ke rumah. 

Kalau lah orang tua....
Tak ke susah. Kena datang lagi. Kena isi borang. Kena tunggu posmen. Kena bayar lagi kos penghantaran. Dah la orang sedia sakit. Buatnya hospital jauh dengan rumah, kesian orang tua tu....

Aku pernah tanya kenapa di sekat pemberian ubat ikut apa yang doktor beri. Kata pegawai farmasintu takut ubat dah tak rasi. Takut doktor tukar ubat. Ikut logik bila doktor nak tukar ubat sedangkan tarikh temujanji adalah enam bulan. Bekalan ubat diberi untuk tiga bulan pertama. Dah sah sah kita akan ke hospital lagi dengan slip dan ubat yang sama.

Di hujung slip akan tertulis 6/12 maknanya 6 bulan punya bekalan. Dan selanjutnya.....


Gule gule hati

Sambil buat kerja sambil makan ini. Kerja yang stress menjadi kendur. Syukur ada rezeki aku dari pulau Lagenda ini. 



Tuesday 17 March 2015

MAS OHHH MAS

Ada masa terluang dimppis menjenguk ke laman web MAS. Murahnyaaaaaa menggiler tgk tiketbyang ditawarkan..
Ohhhh apakah..
G Dubai g balik tak sampai RM2,000??????????
Betul ke ni?
Memang harganya dari... Kalau dari pun kalau kena tarikhnya memang masih murah. Macam ni
Search dibuat pada hari ini 17.3.2015 jam 3.00pm

Sungguh murah. Cepat siapa yang ada duet sila beli tiket. Ini promosi percuma dari blog aku. Hahhhahaha...

Www.malaysiaairlines.com

Sunday 8 March 2015

Kembali berkhidmat

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya setelah selamat bercuti sakit setelah menjalani pembedahan membuang tumor rahang kiri pada 7.1.2015 aku menyambung khidmat semula kepada kerajaan dan negara. 

Hari isnin lepas, dari kampung terus ke pejabat seperti biasa. 

Tempat aku berkhidmat. Di Jabatan yang sama semenjak 2002. Tidak pernah keluar dari HQ walaupun hati meronta ronta ingin keluar menimba pengalaman.