Sunday 28 June 2015

Rendang daging


Kasi nipis sikit... Arini nak masak rendang daging lah. Gara gara tengok AzwAn Ali kat Melodi tengah hari tadi. Napa plak Azwan Ali leh terpisah dari Mak Tom ek... Bukan ke selama abang dia pinggirkan ibu dia Azwan Ali yang backup n menjaga Mak Tom ke? Aku ingat sangat si AA ni nangis bila abang abang dia tak pedulikan mak dia. AA sungguh gitu aku sanjung dia dalam menjaga ibu dia. Kecoh ngan jualan rendang resepi ibu tersayang.. Nampak lah walau orang ramai kutuk dia, sanjungan dia terhadap ibu tetap aku respek.

Tapi bila Azmin Ali naik jadi Menteri Besar Selangor aritu terkejut gak lah aku sebab nampak Mak Tom ada sekali. Ehhhh bila pulak dapat restu ibu dia...
Dan bila nampak AA luahkan perasaan dia arini bila dia dah mohon maaf dan ibu dia tak nak maafkan aku terasa sangat kesedihan AA. Sian la pulak. Apa lah jadi. Napa lah ibu Azwan Ali leh gaduh ngan dia. Hmmmmm... Entahlah hanya mereka yang tahu.

Bila AA panggil anak yatim berbuka puasa, dia suh kameramen fokus kat rendang hasil tangannya kat dalam kuali tu... Tetiba mama cakap...
Eiii sedapnya kan dik remdang daging...
Mama nak? Jom kita buat... Apa ada? Santan, kerisik semua ada kan...
Lengkuas, halia... Dll

Bila buat chek list n semak barang di dapur, syukur Alhamdulillah. Semua ada kecuali santan dah beku. Harap harap masih baik. Aminnnnn..
Jadi... Bila ibu sendiri teringin.. Ayuh laksanakan hasratnya. Jangan bertangguh. Huhuhu sementara masih ada ibu di sisi. Jangan abaikan. Keberkatan hidup aku sekarang adalah doa dari Mama.. Aku tau sangat itu.

Okeh.. Jom buat rempah ratusnya. Petang kang tinggal masukkan dalam kuali jer.

Tadaaaaa...syukurlah dah masakkkk rendang daging batang pinang aku hari ini dengan bantuan mama. Gula garam mama yang masukkan. Sebab aku tak tahu nak agak yer... Ntah masin dan terlebih manis pulak. Jadilah rendang daging gara gara tengok Melodi dan segment Azwan Ali.

Jom layannnnnn masa berbuka nanti...




Saturday 27 June 2015

8 Ramadhan 2013 yang berlalu...

Baru aku teringat dua tahun lalu, di Bulan Ramadhan yang mulia ini aku menjalani satu pembedahan kritikal bagi diri ini. Subhanallah. Telah genap dua tahun rupanya. Syukur Ya Allah. Aku masih mampu berjalan di muka bumi indahMu... Teringat perkara ini sebab baru upload cerita pasal bilik persalinan xray di HKL. Teringat pula kisah itu. Sedih, gembira, takut dan berdebar semua ada...
Di Ramadhan ke 9 tahun 2015 ini, aku masih memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT. 

Walau bertongkat masih mampu berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda.

Ok lupakan kisah dua tahun lepas....

Tadi ajak mama ke Pasar Sabak Bernam...
Gatal mulut bertanyakan penjual ikan, di mana ada jual daging lembu segar.
Ditunjukkannya ke satu gerai kosong tiada jualan. Tu kat situ.. Yang ada cangkuk tu...

Aku ke tempat yang dituju, ohhh... Abang penjual daging itu baru datang rupanya. Mengangkut daging lembunya dari kereta kancilnya yang comel.

Terus aku bertanya, daging batang pinang ada tak. 

Aku tak kenal mana satu bahagian batang pinang. Dok dengar orang sebut sebut sahaja. Bila sampai rumah, dihiris. Ini rupanya..

Harap harap memang ini daging batang pinang. Bolehlah dibakar untuk buka puasa petang nanti. 


Okay semua..
Selamat Berbuka Puasa dan menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan 2015 yang mulia ini.


Bilik Salin Pakaian, Jabatan Pengimejan, HKL

Tempat biasa aku bertandang, jabatan xray yang lebih mudah di sebut. Seperti biasa, datang dan letak borang dan diberikan nombor giliran. Tunggu sehingga nombor dipanggil. Mengikut bilik bilik yang tertentu.
Baju yang perlu dipakai jika xray melibatkan bahagian abdomen atau leher ke bawah. X ray aku diambil dalam keadaan berdiri. Semua baju kena buka dan pakai kain dan baju khas ni. Orang yang xray kaki atau tangan sahaja tak perlu salin baju.

Selepas xray, tunggu diluar sehingga filem xray anda siap. Dipanggil nama. Ambil filem, tandatangan dan sudah siap.


Lepas siap xray, gerak ke Klinik Ortopedik pula di aras 1, ambil nombor dan ke aras 2 menunggu giliran.







Friday 26 June 2015

Jom balik kampung...Ramadhan 9

Pemandangan highway Latar petang ni dalam perjalanan aku pulang ke kampung halaman. Syahdu wehhhh... Dengan langit yang begitu sayu, bermonolog sendirian..
Memikir sesuatu
Sesekali bibir bertasbih memuji kaindahan ciptaan tuhan...
Sendirian menempuh perjalanan 
Berteman si dia yang setia berkhidmat selama hampir 11 tahun...
Moga dia terus ada di samping ku...



Ramadhan dan Musang King

Salam Ramadhan ke lapan buat semua tersayang. Hari ini ada masa sedikit sementara menunggu waktu berbuka puasa. Hari ini buka sendirian. Mama seorang di kampung, abang seorang di Bandung, dan aku seorang di sentul.

Siang tadi di pejabat rakan menjual musang king seperti biasa datang setelah setahun menunggu. 
Dua biji sahaja untuk trip kali ini sebab harganya. RM30 sekilo.

Jom lihat isinya

Gebu dalamnya menunjukkan kesegaran buah yang amat sangat. Huhuhu

Tadaaaaaaa... Inilah isinya... Cantik. Tapi tunggu waktu berbuka ya...




Thursday 25 June 2015

Pokok Pear: Turki

Pohon pear yang sempat aku lihat dan sentuh. yang ni sedang berputik...

Tergelak juga aku... Niat nak pegang pokok lain dari yang ada di Malaysia macam pokok zaitun, pear dan cherry...
Bulan Mei 2015 ketika aku pergi bercuti ni dah nak masuk musim panas. Jadi tinggal bunga ros saja yang ada. Tulip dah tak ada dan banyak bunga dah tak ada kecuali Ros. Pokok buah juga begitu. Semua akan berbuah ketika musim panas atau hujung tahun nanti. Jadinya macam alang kepalang pergi bulan Mei. Salji x dapat, bunga x dapat, buah juga tiada. Sekadar melihat keindahan alam turki sahaja.

Syukur juga lah....