Friday 9 June 2023

Antara New Zealand dan Switzerland

 Assalamualaikum semua pembaca

Sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland banyak blog aku jelajahi untuk mencari maklumat antara New Zealand dan Switzerland yang mana lebih cantik. Lebih menarik. Namun pencarian aku hampa. Tidak banyak fakta yang diceritakan mengenai perbandingan antara dua negara ini. Mungkin kerana kedua-dua negara ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak perlu dibanding-bandingkan. 

 

#demagatravel
Air Terjun Staubach di Lauterbrunnen yang amat cantik

Pengalaman menjejakkan kaki sebanyak dua kali ke bumi KIWI iaitu New Zealand pada tahun 2017 dan 2018 menyaksikan keindahan bumi negara itu yang indah dan terbawa-bawa ke mimpi. Nyaris nak pergi lagi sekali tapi sebab dah pergi 2 kali, lebih baik duit tu dibelanjakan ke negara yang belum pernah kita jejaki lagi.

Pada tahun 2020 pakej melancong Eropah 5 negara telah ditempah pada Januari 2020 bagi perjalanan bulan April 2020 iaitu pada musim bunga. Namun wabak covid yang melanda dunia dan Malaysia telah meninggalkan angan2 ku untuk menjejakkan kaki ke negara Eropah terutama Swiss yang terbayang-bayang di fikiran entah bagaimana lah cantiknya negara yang mendapat jolokan serpihan SYURGA yang jatuh ke BUMI. Sejak itu terbayang-bayang entah bila lah rezeki aku untuk sampai ke Swiss.

Rezeki Allah yang telah dijanjikan tak cepat tak lambat. Jika dah tertulis, akan sampai jua bila tiba masanya. Alhamdulillah pada tahun 2023 Allah rezekikan aku dan mama ke 6 negara eropah.


#demagatravel
Warna warni Swiss


Hajat hati pada Disember 2022 aku nak ke Switzerland sahaja. Pergi 1 negara sahaja dalam 14 hari. Siap buat bajet bagai. Nak dok mana naik apa, hotel apa, semua dah study. Alih-alih dalam Januari 2023 mama tanya kita pergi 1 negara tu je ke... Jemmmmm... hahahaha
Habis tu nak ke mana lagi. 

Pergi Paris jauh tak? Mama teringin nak tengok Eiffel Tower... alamak...
Mama teringin nak tengok Taman Tulip Keukenhof kat belanda tu. Jenggggg lagi parah ni.

Berkelam kabut aku menanyakan siapa sudi bawa aku dan mama ke negara-negara tersebut. Dah alang alang ke sana aku pula teringin nak ke London. Bandar impian aku dari muda2 dulu. Tapi sayang tak ada yang sudi bawa kami berdua. Yang duduk menetap di London senyap, yang duduk Paris senyap. Yang dari Malaysia pun tak sudi kerana kami hanya berdua. Jadi aku ambil keputusan pergi sendiri. Kos meningkat dengan nak naik public transport bawa luggage bawa barang bagai. Nak kejar train, flight bagai. Mampukah... aku rasa lebih kepada Mamfusss...

Berbalik pada ayat aku tadi, Allah kalau dah tetapkan itu untuk kita, maka itulah yang terjadi. Dari pelbagai perancangan, dari A sampai Z, selama 4 bulan study, akhirnya Allah pertemukan aku dan mama dengan seorang insan yang entah dari kayangan  mana datangnya menyelamatkan keadaan. Sanggup bawa kami berdua ke 6 negara eropah secara private trip. Hanya aku dan mama. Dia yang bawa. Alhamdulillah. Maka dari Februari 2023 hingga tarikh perjalanan aku dan mama 26 April 2023, itu sahaja masa persiapan yang ada untuk aku dan mama. Tolak 1 bulan Ramadan 2023 serta hari raya, masa sangat suntuk untuk kami berdua.

Dia tidak terkenal. Tidak mempunyai travel agensi yang gah namun terbaik buat kami. Terima kasih Encik Mohd. Mizan Madzlan, sang empunya Demaga Travel yang sudi mengambil kami berdua. Kecekapan memandu di Eropah aku boleh bagi beribu2 bintang, tak pernah salah jalan sedangkan aku kat Malaysia nak pergi Melaka pun sesat. Dah la memandu belah kiri. Tapi pengalaman beliau menetap di London hampir 8 tahun campur tolak menjadikan beliau seorang yang sangat cekap. Aku doakan business travel dia makin maju. Menjadi pilihan golongan macam kami berdua. Sebab bagi aku duit tiada nilai dengan layanan yang dia berikan.

#demagatravel
Servis tiptop, ana kasi 7 bintang

#demagatravel
Boleh hubungi mereka, sangat profesional.

Perjalanan ke 6 negara eropah dengan membawa seorang warga emas dan seorang OKU memang banyak kerenah dan songeh. Namun mereka tetap sabar melayani kami. Terhutang budi kepada mereka yang tanpa mereka tak mungkin impian kami tercapai. Bila ada perasaan empati dan sikap tanggungjawab dalam hati, segala-galanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah. Tak lupa pada 2nd guardian angel dari Demaga Travel, Farid Kacak yang menjaga kami berdua dari mula sampai habis trip. Yang ambil gambar curi2 yang hasilnya superb. MasyaAllah.

Okay lah berbalik kepada tajuk utama aku utarakan tadi, antara NZ dan Swiss mana lebih cantik.

Secara jujur, aku pilih Switzerland. Bukan sebab NZ tak cantik. NZ amat amat cantik. Kalau tidak tak kan sampai 2 kali aku ke sana berturut2 tahun. NZ sangat cantik. Tapi apabila berpeluang menjejaki bumi Swiss, ianya sangat cantik. Lebih cantik dari NZ di setengah-tengah tempat.

#demagatravel
Tasik di Iseltwald di Swiss

Kelebihan Swiss bagi aku bentuk muka bumi yang hijau, biru langit serta rumah-rumah nya di perbukitan yang cantik. Penuh dengan rumah-rumah cantik, lorong, padang rumput yang hijau, serta bunga-bunga kuning yang melata saujana mata memandang. Itu satu kelebihan di Switzerland.

Ini New Zealand, ada banyakkk biri2


Ini tasik di Quuenstown, indah juga bukan

Dari segi tasik, gunung dengan snow cap, unsur alam, air, gunung, hutan, mungkin tiada apa yang beza antara kedua-dua negara hebat ini. sama cantik, sama padan. ewahhhh..




rumah dengan padang rumput hijau dan bunga kuning mungkin kelebihan bumi Swiss


1. Kelebihan New Zealand pula, memandu sama macam Malaysia. Jadi kita lebih senang meneroka bumi nya. tak awkward. Boleh bawa Campervan, caravan, motorhome dan sebagainya tanpa gentar.

2. Matawang NZ lebih murah dari Swiss Franc. Jadinya korang akan teragak-agak nak makan luar, beli cenderahati dan sebagainya. Masa aku tukar April 2023 baru ni 1CHF bersamaan RM5.20. New Zealand pula lebih kurang RM3 bagi 1 Dollar NZ. Beza kan.

Secara umumnya aku rasa amat berdosa jika nak membanding-bandingkan antara dua-dua negara ini. Sebab dua-dua aku sayang. Dua-dua cantik. Cuma jika kalian ada duit lebih, ada rezeki lebih, terus saja ke Swiss dan negara-negara eropah yang berhampiran. Lepas tu kalau ada rezeki lebih, boleh ke New Zealand, lepak 7-8 malam kat sana.

So ini dulu buat kali ni. Lain kali aku bersiaran lagi ya. Semoga memberi sedikit pandangan kepada mereka yang tertanya-tanya antara 2 negara hebat ni.

Sayonaraaaaaaaaaaa