Wednesday 17 February 2016

Cherry buat Mama

Seorang rakan ke MBG di institut Jantung Negara. Aku kirim buah cherry padanya. Akan ku hadiahkan pada mama. Khas untuk mama. Kali ini terkejut aku tengok buahnya. Sangat besar. Segar dan tangkainya banyak yang masih hijau. Syukur Alhamdulillah. Rezeki mama.

Geram betul aku tengok. Empat biji dah penuh tangan aku ni. Sangat segar dan besar saiznya. Berpadanan dengan harganya. Lapan biji berharga RM19.20. 




Sunday 7 February 2016

Sirsak@durian belanda

Ini dia buah yang senang didapati di Indonesia. Selain buah avocado. Iaitu buah durian belanda.ndi Indonesia di panggil sirsak. Kalau kat kampung umah mama dah lebih lima kali beli buah ni namun hampa. Peram tak masak dan buahnya hitam. Tak boleh dimakan. Isinya bila dibelah hitam. Pernah sekali je jumpa. Orang potong rumput rumah mama. Dapat buahnyanyang masak di pokok. Itu diberinya pada mama. Barulah merasa isinya yang juicy dan manis.

Dan inilah buah yang telah masak ranum. Kecil. Abang beli dengan harga RP6ribu sahaja. Iaitu kira kira  RM1.80 sebiji. Balik ke hotel terus aku belah dan makan ramai ramai. Memang manis dan bersari. Huhuhu syukurlah.

Jika buah doyan belanda ni masak ranum, kulitnya boleh disiat macam tu je lantas terus dimakan. Memula aku tak suka. Tapi bila dah mula rasa ok lah rasanya. Boleh diterima tekak dan sedap.

Buah naga tengah musim. Banyak dijual di tepi tepi jalan. Murah pula harganya.





Wednesday 3 February 2016

Lombok part 2

3 feb 2016 


Kami meninggalkan Gili Trawangan, pulau cidomo dan basikal dengan menaiki Bot laju. Dengan harga RP400ribu sahaja. Untuk 4 orang. Tak campur dengan penumpang lain. Tapi kami turun di Teluk Nara, bukan di Bangsal. Lebih dekat. Tapi time nak bertolak jam 12pm tiba tiba hujan turun dan angin kuat melanda Gili. Perjalanan ditangguhkan sementara menunggu hujan reda. Kemudian perjalanan tetap diteruskan walaupun masih hujan dan ombak tinggi.

Bot laju 007 
Lautnya berwarna hitam waktu ribut ni. Seram juga membayangkan bot ini membelah ombak. Syukurlah selamat semuanya.

Menuju ke Senggigi lagi sekali. Kali ini menginap di Jayakarta Lombok untuk dua malam. Bagi yang biasa ke Bali, Lombok ni biasa saja. Msih membangun. Masih banyak ruang kosong. Bali lebih cantik bagi aku. Mengikut pemerhatian aku la. Tak tahu la orang lain.








Gili Trawangan

Pusing pulau guna cidomo. RP200ribu.







Layan gambar jer. Gambar gambar yang diambil ketika mengelilingi Pulau Gili Trawangan. Tapi tuan yang bawa cidomo ni tak mesra alam. Tak berhenti langsung di tempat tempat menarik. Dah disuruh baru berhenti. Nasib lah dapat yang ini. 95% gambar diambil dari atas cidomo sahaja.

Kecuali yang ini, berhenti sebentar sahaja untuk bergambar gambar. Katanya buaian yang terkenal dan dah viral. Tiap yang ke Lombok pasti mencari buaian ini. Sebenarnya anda harus ke Pulau dulu. Pulau mana satu? Pulau Gili Trawangan. Baru anda jumpa buaian ini. Terletak di mana? Bukan terletak di area berdekatan jeti. Tapi naik ke atas. Tempat anda dapat melihat matahari jatuh. Di villa Ombak Sunset namanya. Kalau menginap sekitar area pasar malam memang sekian terima kasih lah. Tak akan berjumpa. Sewalah basikal, berbasikal atau naiklah cidomo. Itu pun kalau nak sangat melihat buaian tu. Kalau jenis tak kisah, pergilah kemana sahaja yang dirasakan selesa. Menarik aja di mana mana. Aku dah jenis nak tengok juga, kalau tak dapat tak apa. Janji dah dicuba. Nak kata wajib tu tak lah. Janji ada kenangan. Sebab kengkawan tanya.. Ko g tak tempat yang derang naik buai tu? Kurang kurang dah tengok bagaimana rupa parasnya. Ewaaahhhh.. Huhuhuhu

Air sedang surut. Kurang menarik tempatnya bila air surut.










Tuesday 2 February 2016

Gili Trawangan lagi...

Baru berkesempatan jalan kaki sekitar jalan besar depan villa. Hanya dalam 200 meter. Saja jalan jalan sambil abang mencari bot laju yang boleh mengambil kami di depan villa.

Jumpa satu. Boleh ambil kami di hadapan villa esok pagi jam 12pm. Dengan harga RP400ribu. Kira ok lah. X campur orang.

Comelnya basikal anak anak

Basikal untuk disewa. Aku tak tanya harganya pula. 



Lebar jalan di Gili Trawangan. Inilah lebarnya. Jalannya tidak rata. Tidak elok. Kebetulan time aku datang hujan tiap hari. Time berkereta kuda atau bercidomo, jalan banyak lopak air dan rosak. Naik cidomo macam naik kereta mabuk. Terhuyung hayang jadinya. Sakit belakang lah jawabnya bila melalui jalan sebegini. Depan hotel2 berhampiran jeti memang ok sikit jalannya. Kearah atas menghala ke sunset villa bagai tu jalannya tak elok.

Jalan yang baik









Apa yang best di Lombok?

Pulau Gili Trawangan
Yang tiada kenderaan bermotor di sini. Hanya basikal dan kereta kuda sahaja dibenarkan. Dah banyak cerita pasal Gili Trawangan yang di post oleh netizen. Jadi aku hanya ceritakan keindahan yang aku nampak saja lah. Sebab aku tidak buat aktiviti scuba diving dan snorkeling. Jadinya mungkin ianya tidak sebegitu menarik. 
Hanya duduk duduk menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Mensyukuri nikmat yang diberi. Dapat melihat bumi lain selain dari negara tercinta, Malaysia.

Kaki kiri pun dah makin sakit. Aku tidak bawa slipar kali ini. Jadinya harus berkasut setiap masa di luar...

Jadinya kebanyakkan aktiviti aku jalan sikit duduk banyak. Huhuhuhu

Melihat kuda yang kecil ini ulang alik membawa penumpang. Entah dah makan atau belum, entah lenguh kakinya? Entah sakit urat betisnya? Ehhhh... Itu yang aku fikirkan? Huhuhu yer lah. Kesian tengok. Kudanya kecil, membawa bebanan dan berlari anak tiap masa. Bila masa tidurnya? Ada ke masa rehatnya? Opsssss... Stop dulu..

Asyik melihat kuda ini sementara aku melepak di depan hotel penginapan.

The Beach House Resort, harganya satu malam RM210.00 kalau rupiahnya RP700,000.00 per malam. Aku booking lewat Airasiago. Senang dan mudah. Entah mengapa aku senang menggunakan airasiago. Chalet ni kira ok lah. Dekat dengan pantai. Dekat dengan kedai serbaneka. Nak beli air mineral dan barang keperluan memang dekat.

Bestnya lihat orang mengayuh basikal. Mampukah aku??? Esok pagi nak try lah. Menyewa dan mengayuh basikal. Itupun kalau mampu dan ada basikal yang sesuai untuk aku. Kaki kiri ni macam dah tak boleh merasa sangat dan mengayuh kot.... Entahlah.. Cubalah kot esok.

Lihat jalan kecil ini. Jalan ini memisahkan chalet dan pantai. Lepas kedai makan beratap tulah pantainya. Jernih airnya. Cantik pemandangannya...

Petang ini aktiviti aku dan mama hanya santai. Dan melihat cidomo lalu lalang, lihat orang berbasikal dan lihat pantai yang indah. Terbaikkkkkkkkk...

Serpihan karang...