Sunday 31 January 2016

Jom ke Lombok... Pulau Seribu Masjid


Murah murah punya..

Sama seperti Bali juga...


Saja jer menempek gambar...


Yang ini yang best... Makanan khusus tempatan.. Sate Bulayak namanya

Tempat makan yang unik, makan atas tanah

Nasinya dibungkus dalam daun

Sate dengan ketupat yang dipanggil bulayak


Sedap ketupatnya... Sate nya kurang sikit sedapnya...











Friday 22 January 2016

Rindunyaaaa... Rindu pada bau di "sana"

Mana lagi boleh dapat lihat panorama seperti ini ya?




Mengharungi perjalanan... Menuju Al Haram...

Melangkah terus melangkah.. Penuh semangat walau bertongkat...

Mengintai Masjidil Haram dari tirai kamar... Tiada yang seindah ini...






Thursday 21 January 2016

Tuesday 19 January 2016

Si manis Dole

Pertama makan terus jatuh hati. Setahu aku dulu dia ada di dalam tin sahaja. Sekarang dah ada yang fresh pula. 
Itu dia... Sebiji RM6.60. Mai dari Filipina...

Besar la juga buahnya.... Aku x reti kupas. Tapi dah teringin terpaksa juga beli yang ini.

Isinya yang manis. Gerenti manis...

Tiga empat kali beli memang tidak mengecewakan. Selalu beli yang dah siap kupas. Ni pertama kali beli yang ada kulit.


Manis sangat.






Sunday 3 January 2016

Impian aku...

Ada perkara lawak yang aku impikan dalam hidup. Aku nak sebuah rumah kayu. Comel tapi selesa dan kukuh. Yang ni biasalah.

Lepastu impian aku yang lawaknya ialah aku nak ampaian. Kat luar rumah. Yang panjang. Berlapis pun tak apa. Lepastu pagi pagi aku boleh sidai kain kat situ. Lepas tu petang petang sebelum angkat kain tu, aku lepak kat pangkin. Dan aku akan bahagia lihat pakaian yang disidai kat ampaian tu. Berterbangan dipuput angin. Nak nak pula angin sawah. Masyaallahhhhh... Bestnyaaaa. Hahhahaha.. Lawak ke?

Hmmmmmmm adakah akan jadi satu kenyataan?