Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Subhanallah, cepat sungguh masa berlalu... Dah hampir 6 bulan juga aku tak bekerja.... Semoga tahun 2014 bertambah baik dari tahun 2013. Aminnnnnn


Friday 27 December 2013

Bubur Sum Sum- Kampung Sungai Tengar Utara

Huuuuuu Bubur Sum Sum 
Orang Jawa biasa lepas upacara besar macam kenduri kawin akan buat bubur sum sum sebagai tanda kesyukuran dan jemput semangat katanya....

Jadinya semalam aku antara pembantu chef menyediakan bubur sum sum ini untuk diagihkan kepada penduduk sekitar rumah cu di Kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam, Selangor.

Pembuatannya mudah tapi perlu kepakaran dalam mengagak air, gula serta garam. Hasilnya, terjadilah bubur sum sum yang enak dimakan.

Aku sebenarnya tak pernah makan bubur sum sum ni walaupun acapkali menemuinya. Mbah sebelah rumah mama kerap bagi bubur ni pada mama tapi aku tak pernah sekali pun menjamahnya. Entah, tak rassa teringin nak makan pun. Sama juga kuih lompat tikam yang cantik dan agak sama kejadiannya itu. Tak teringin langsung pun.

Tapi oleh kerana yang ini aku terlibat 100%, maka aku tak nak lepaskan peluang untuk merasai kenikmatannya. Huuuuuuuu


Lagi besar dan puas nampaknya. Huhuhuhu rasanya?

Yang putih tu lemak dan yang hitam manissss cukup serasi....
Nanti aku ceritakan perihal membuatnya pula ok....
Layannnnnn


Pisang pelbagai pisang

Balik ke kampung hari ini terkesima melihat lambakan tandan tandan pisang yang banyak dan gemuk gemuk. Fuhhhhhh meriah dan menyelerakan jer aku tengok. Lama dah mengidam nak goreng pisang sendiri tapi tak beli beli sampai sekarang. Rupanya rezeki nak dapat yang percuma dari pakcu n cu. Huhuhuhu... Syukurlah.

Pisang Berangan, Pisang Lang dan Pisang Nangka menanti...

Lagi layan gambar dulu... Huuuuu sebelum dimasak....



Tuesday 24 December 2013

Kacang Renek dan timun

Inilah dia kesayangan ku... Si kacang renek. Syukur Alhamdulillah setakat ni tumbuhnya subur. Mudah mudahan merasalah hasilnya nanti. Setakat ni yang diserang ialah timun. Habis daunnya berlubang lubang. Ladybug dan kelip kelip oren yang aku nampak dok atas daunnya berkerumun.


Tadaaaaaaaaaa
Ini pula en mon aku... Huhuhu pokok timun. 
Yang ni suka diganggu serangga. Bila belek pagi tadi belakang daunnya ada binatang kecil warna kuning berbulu. Eiiiii geli giler tengok. Anak sapa lah tue..... Eiiiiii

Timun dan kacang ni ditanam pada hari yang sama. Semoga berhasil.



Bunga ungu


Baru empat hari sedar akan kehadiran kudup kudup bunga ungu ini. Alih alih hari ni dah kembang dah... Tak sempat nak ambil gambar masa putik kudup yang kecil kecil. Buat kenangan. Huhuhu sempat la snap tadi sekejap sebelum semuanya kembang dan bertukar warna pudar. Layannnnnn

Dari kebun Bahagia Bersama baru aku tahu namanya garlic vine... Tq Diana KBB...




Rewang

Alhamdulillah, baru baru ini family besar aku berhimpun untuk satu majlis kenduri. Kenduri khatan atau sunatan jer. Tapi dibuat seperti majlis kenduri kahwin memandangkan pak cu aku ada rezeki lebih dan dah lama family kami tak buat kenduri besar. So 22 Disember 2013 yang lepas telah berlangsungnya kenduri tersebut. Sederhana tapi meriah.

Alhamdulillah lauk pauk pun sodapppp... Amalan gotong royong telah diterapkan dalam kenduri kali ini. Syukur keluarga cu dan pak cu mendapat banyak tenaga kerja. Yang berat menjadi ringan.

Jom rewang ramai ramai... (Yang nampak dua sahaja.. Huhuhuhu)

Untuk jelatah....

Bukan promosi tapi nak kongsi...

Puding in the making

Untuk sambal kicap dilawan dengan sup tulang... Pehhhhhh

Pisang sesikat...

Berkat kata orang Jawa...

Buah jambu ball/ keling sebagai sampingan orang rewang... Cicah garam atau kicap n cabai n gula.. Pehhhh dappp

Gelap la pulak gambarnya...

Apa pun ianya akan menjadi kenangan yang terindah sebelum aku masuk opis.... 
Berjumpa sanak saudara bersembang bertanya khabar dan beramah mesra selepas lama tak berjumpa. Syukur Alhamdulillah cuaca pun baik sahaja seharian itu. Memang rejeki cu n pak cu...









Friday 20 December 2013

Belaian Jiwa

kita pinta Allah setangkai bunga, tapi Allah beri kita kaktus berduri. 
kita pinta Allah kupu-kupu, tapi diberikan NYA ulat.. 
kita sedih, kecewa & marah.. 
menakjubkan, kaktus berbunga indah & ulat jadi kupu- kupu cantik.. 
itulah cara Allah.. indah pada waktunya. Allah tak beri apa yg diharapkan, tapi Allah beri apa yg kita perlukan.. 
adakala kita sedih,terluka dan buruk sangka.. 
tapi jauh di atas sana, 
segalanya Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan kita, agar kita belajar untuk sntiasa redha dan ikhlas..


Thursday 19 December 2013

Online oh online


Sedar akan kekurangan diri ini, pembelian online kini menjadi pilihan aku. Mana yang tak memerlukan aku pergi ke mall, akan aku beli secara online. 

Memudahkan, menjimatkan masa serta tenaga. Bagi yang masih bertenaga dan ada daya upaya, pergilah mencuci mata ke tempat tempat shopping yang banyakkkkk ada di Malaysia yang aman ini. Mungkin zaman untuk aku berwindow shopping ke mall mall telah berakhir. Jadi, ini antara penyelesai masalah... Online shopping.. Cuma pakaian jer yang susah nak beli....



Teringat pertanyaan staff aku kat opis beberapa tahun yang lepas... Pernah ke beli barang secara online? Tak kena tipu ker?
Aku jawab pernah... Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Beli apa? Dia bertanya lagi
Rumah.... Huhuhuhu... Maksud aku dari portal Mudah.My ini lah aku berjaya menemukan dengan Chenta Titiwangsa iaitu rumah aku. Urus niaga dengan orang yang jujur akan menyelamatkan anda dari ditipu. So berdoa sentiasa agar semuanya urusan jual beli dilindungi Allah SWT..

Juga tak dilupakan belian di http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ 
thanks Diana... 




Monday 16 December 2013

Caj Pesakit Klinik Pakar, Hospital Kuala Lumpur



Sekadar berkongsi info...

Berbudi kepada tanah

Humang aih... Lama sungguh aku tak lihat tanaman aku. Ibarat anak yang dikandung ditinggalkan begitu sahaja. Sedih hati ini tak siapa yang tahu. Aritu sempat menjenguk sekejap sahaja beberapa minit tumbuhan yang disemai.

Timun aku dah banyak daunnya. Dan ada yang telah dimakan siapa pun tak tahu. Bak kata Tukang Kebun KBB nak tuduh siapa tak tahu... berdosa plak. Huhuhuhu...

Kacang renek aku pun dah tinggi. Pandai dia jaga diri sepanjang aku tak ada dah dua minggu.

Bunga orkid nie pun berbunga mekar tanpa dibelai mama. Ciannnn

Ini juga, kembang mekar sepanjang peninggalan kami. Cantik...

Insyaallah selepas ke Hospital Kuala Lumpur esok pagi aku balik ke pangkuan mereka. Akan ku belai mereka dan hapuskan rumput rampai yang bermaharajalela. Huhuhuhu... 

Target nak semai:
1. Biji ciku
2. Biji mempelam dari Bali yang mama bawa pulang
3. Biji betik panjang yang manis





Saturday 14 December 2013

Buah Ciku

Entri di malam minggu ini pasal ciku pulak.... Semangat Kebun Bahagia Bersama masih lagi membara dalam hati aku. Juga mengambil aura arwah abah yang sentiasa dan rajin menyemai biji benih. Apa sahaja. Durian, cempedak, mangga dan lain lain jenis buah buahan. Anak perempuannya juga mempunyai minat yang sama. Namun kekangan ruang dan tanah membuatkan semuanya terbantut. Pokok kurma aku juga terpaksa mama buang kerana tumbuh dah separas pinggang di tepi tembok pagar rumah.

Pokok salak terbiar tanpa dijaga di kampung. Pokok inai diberi pada cu dan jiran sebelah rumah. Pokok nam nam yang disemai dari biji juga diserah kepada jiran sebelah rumah mama. Yang ada, pokok tebu, pokok ceri, pokok naga, pokok betik yang lebat berbuah dan pokok pokok bunga yang memang aku tanam di rumah mama. 

Balik nanti aku nak semai biji benih ciku pula... Boleh ker ciku berbuah cantik dari baka yang ditanam dari biji? Nanti leh rujuk Kebun Bahagia Bersama... Hehe..

Ini ciku yang ku beli di simpang jalan berhampiran Kelab Golf Selangor. Area Kuala Selangor. Sekilo RM7.00 tapi sayang banyak yang masam buahnya. Kenapa masam yer?

Ciku ni ada banyak kenangan. Kebanyakkan rumah yang kami sewa atau duduk ada pohon ciku. Di Kompleks Bernas Sri Tiram Jaya juga ada dua pohon ciku yang rajin berbuah. Arwah abah rajin memetik dan aku pulak rajin membasuh dan memberus kulit ciku dengan sabut. Barulah elok masaknya. Berbeza dengan ciku yang dibeli, ciku yang dipetik sendiri memang berkualiti. Masak elok dan manis sangat. Kenangan yang sangat indah. 

Juga dikampung, ada dua pokok juga rajin berbuah. Namun sebab cu berpindah rumah tinggallah pohon ciku yang rimbun itu dengan kawannya. Entah apa yang dibualkan mereka kan... Hmmmm... Jadi buah ni menjadi kegemaran aku. Namun kerana jarang dapat yang manis aku jarang membeli. Cuma baru baru ini terjumpa dan terbuka hati nak membeli. Tapi hasilnya sedikit mendukacitakan. Banyak yang masam.

Perginya Putih

Selamat malam semua... Hari ni dapat berita dari makcik di kampung. Putih kesyangan kami dah meninggalkan dunia yang fana ini. Sedih menyelubungi kami terutama cu di kampung kerana dia yang jaga Putih selama ini. 

 Hadiah pemberian dari rakan aku...

Dah ajalnya. Tak tahu sakit apa. Tapi cu sempat perasan semalam punggungnya keluar darah. Maghrib tadi dah tak ada. Dalam hujan lebat cu tanam Putih.. Damailah kau di sana Putih. Moga jika ada kesempatan aku nak bertemu semua kucing kucing yang aku sayang kat Sana. Aminnnn



Friday 13 December 2013

Rindu sama Blog

Ketagihan membuat entri? Rindu sama kamoooo blog. Arini nak suh teka mana tempat di bawah nie....
Cantik, baru, bersih dan selesa.

Bertingket tingket

Selesa untuk orang awam

Inilah Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur. 

Memang selesa dan mudah untuk orang awam berkunjung mendapatkan khidmat kesihatan yang terbaik. Sekali pandang macam shopping complex kan...





Tuesday 10 December 2013

Ubi ohhh ubi kayu

Memandangkan dia yang tersayang mahu pulang malam ini, sementara dia tiba aku nak buat sesuatu. Ada ubi kayu yang aku tinggalkan untuk dia merasa. Kesian bila orang yang tersayang tak merasa apa yang kita makan. Nak goreng boleh juga tapi memandangkan dia sudah lama meninggalkan Malaysia biarlah merasa ubi yang dibuat kuih yang tak sepertinya ini. Huhuhuhu

Masuk dapur, mula parut ubi nan seketul. Nasib baik besar dan panjang. Dapatlah semangkuk sedang isinya setelah diparut. 
Lepastu aku perah ubi dan tapis airnya. Mama kata pahit airnya. Jadi airnya dibuang dan akan kelihatan sagunya termendap di dasar bekas. Jangan dibuang. 
Ambil sagunya dan letakkan dengan ubi yang telah diperah.
Campurkan sebiji telur, setengah kotak kecil santan, sedikit air, gula secukup rasa, gula merah jika mahu warnanya kemerahan. Aku memang sukakan gula merah walau dalam apa kuih sekalipun. Ikut arwah abah. Sedangkan mama tidak suka gula merah.
Tambah sedikit air untuk cairkan cantan
Masukkan tiga sudu tepung.
Bancuhan jangan terlalu pekat. Biar kelihatan ada sedikit air/santan di permukaan ubi.
Naikkan kukusan hingga airnya menggelegak. Aku tambah daun pandan agar wangi airnya.

Kemudian kukus bancuhan yang telah disediakan. Oleh kerana nipis ya amat aku hanya kukus 15 minit. Cucuk dengan garfu tiada bancuhan yang melekat jadi tanda sudah masak kuih ubi ni.

Angkat dan biarkan sedikit sejuk sebelum dipotong. Apa rasanya? Entahlah. Rasa kuih ubi...
Layannnnnn gambar...
Gula merah yang sengaja aku tak hancurkan.

Telah dipotong untuk dirasa.

Kalau buat bengkang lagi sedap. Tapi ubi tak cukup. Oven pun tak ada. Ini jerlah yang mampu aku buat. 

Monday 9 December 2013

Menulis...

Dah lama sahabat lamaku ini memujuk dan mengajak untuk menulis artikel. Namun ketika aku bekerja aku tak sempat nak buat semua tu. Sebenarnya mungkin ada masa namun bila dah bekerja, masa senggang lebih banyak digunakan untuk kerja kerja lain. Awal cuti sakit memang aku langsung tak ada mood nak menjawab panggilan telefon dari rakan rakan. Kecuali yang tertentu. Rasa itu sukar ditafsir.

Apatah lagi nak keluar. Hingga checkup aku di Ortopedik HKL baru baru ini dia menelefon mengajak aku menulis dan berbincang. Hal itu juga ku pandang sepi. Hingga dua minggu sudah aku rasa terbuka hati setelah dia beriya iya send dokumen serta deraf artikel yang dia telah buat. Terus semangat nak belajar dan menulis membuak buak. Hasilnya, dah dua kali dia ambil aku di depan lif dan hantar di depan lif juga untuk berdiskusi. Alhamdulillah. Setakat ni dah siap satu kertas. Sedang menulis untuk satu lagi kertas. Moga diberkati Allah SWT usaha kami untuk memperkayakan lagi bahan rujukan dalam bidang yang kami ceburi.

Tq Adam kerana menjemput aku turut serta... 

Bestnya jadi budak sekolah balik kan. Huhuhuhu dah berkarat rupanya otak aku. Namun masih baik dan berjalan lancar bila digerakkan. Syukur Alhamdulillah.


Banjaran Titiwangsa

Penat penat buat kerja pastinya tepi tingkap ini aku tersadai. Memandang nunnnn di kejauhan. Pasti lihat sama ada aku dapat lihat dia atau tidak. Terutama di waktu malam. Cahaya lampunya akan jelas kelihatan pada waktu waktu tertentu. Kalau cuaca cerah, kelipan lampu merah Kota Keriangan ini pasti kelihatan dari tingkap kamarku.

Pagi ini juga melihat nun di kejauhan. Cuaca cerah. Jadi jelas kelihatan bentuk bentuk bangunan nun di atas sana. Ada yang empat segi lebar, tinggi dan beberapa bangunan lagi di sampingnya. Kalau aku ada Kamera zoom leh la zoom dengan jelas. Tak ada ipad pun jadilah. Huhuhuhu.
Dalam ni tak berapa jelas. Namun masih nampak bentuk bangunannya.

Namun kebanyakan masa kota keriangan itu akan diseliputi kabus.

Macam Banjaran Di luar negara la pulak kan... Tenang sangat lihat permandangan ini.


Resepi: Air Soya

Hari ni aku nak cerita cara nak buat air soya. Huhuhuhu sebelum nie terkejut gak. Boleh ker orang biasa biasa buat air soya. Rupanya memang boleh dan amat senang jer caranya. Ini kali kedua aku buat air soya. Namun perlu dibuat penambahbaikan. Sebab kejadian airnya ada rasa payau sikit. Rupanya kekurangan air. Soya aku sangat pekat. Huhuhuhu bila ditambah air syukurlah. Rasanya seperti yang dibeli dikedai.

Jom lihat caranya.

Kacang soya belum direndam aku buat satu gelas plastik. Rendan sebelum tidur hingga kembang keesokkan harinya. Ia akan mengembang sekali ganda kerana esoknya dah jadi dua gelas. Jadi kena pandai agak. Jangan rendam banyak sangat sebab kacang tu akan mengembang.

Bila dibaca baca resepi orang lain, ada yang cakap suruh buang kulitnya. Maka aku ramas ramas hingga tertnggal kulitnya dan buang kulitnya.

Dua kali ganda selepas direndam.

Aku kisar dengan empat gelas air. Ukuran yang sama. Tapi tak cukup. Cuba buat lima gelas air.

Air soya yang dikisar ditapi dengan kain jarang/pnapis teh serbuk/kain kasa aku guna tudung bawal murah yang baru dan telah dicuci bersih.

Kisar hingga semua kacang habis. Hampas dikisar sekali lagi supaya tak membazir. Sebelum masuk dalam periuk, tapis lagi sekali untuk mengelakkan serdak kacang soya masuk dalam periuk.

Masukkan daun pandan sehelai.
Masak di atas api sederhana. 
Masukkan garam secubit. Kacau selalu. Jika boleh jangan tinggalkan periuk.
Takut ia akan membuak keluar bila menggelegak.
Agak agak dah dan menggelegak masukkan gula secukup rasa.
Aku masukkan tujuh senduk kecil gula pasir dan sesenduk gula merah.
Ia akan nampak kemerah merahan dan lebih sedap. 
Kalau tak suka hanya gunakan gula pasir jer.

Dapat dua botol sirap ros f&n nie.. Jadilah untuk minuman dua tiga hari.







Al Fatihah: Prof. madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad

Al Fatihah...
Mendapat berita sedih ini jam 4.15 petang dikhabarkan oleh seorang sahabat.
Nama yang cukup dikenali dalam dunia kepustakawanan.
Menabur ilmu dan jasa dalam bidang yang aku belajar dan bekerja hingga kini.
Nama yang tersohor hingga ke seluruh dunia dalam bidang kami.
Sebagai Presiden Pustakawan Malaysia, arwah banyak membentangkan paper dan menghadiri mesyuarat. 
Menjalankan kajian kajian tanpa putus.
Rakan rakan baiknya dari seluruh dunia.
Baru saja sebut namanya dengan sahabat semalam semasa proses perbincangan kami menulis kertas.
Semoga ilmu dan jasa yang dicurahkan bermanfaat untuknya di Sana.
Moga Jannah lah tempat mu Dr. Sharif.
.
Aminnnnnn.


Prof. Madya Dr. Mohd Sharif

Friday 6 December 2013

Dari Apartment Mawar, Bandar Baru Sentul

As salam buat semua pembaca blog.... Moga semuanya sihat waalfiat dan selamat berhujung minggu...

Syukur aku telah memiliki rumah. Rasa syukur ini bertambah tambah bila orang orang yang datang ke rumah aku memuji muji rumah aku yang bersepah ni. Huhuhuu... Puji dari segi lokasi dan keluasan rumah yang memang selesa... Lebih dari 1000 kaki persegi memang selesa.

Ya memang bersyukur sangat memiliki rumah ini. Dengan pemandangan menghadap gunung ganang Banjaran Titiwangsa memang menenangkan hati aku. Nun di kejauhan aku lihat semakin banyak apartment kondo tumbuh bagai cendawan. Memang tepat peribahasa ini. Memang cepat sekali pembangunan mereka.

Mujur sekali berhampiran rumah aku ni dikelilingi flat DBKL dan di atas sedikit lebuhraya DUKE. Dah tentu tidak akan ada pembangunan yang dilakukan. Selamat pemandangan aku dari dihalang. Takat jauh jauh tu abaikan lah. Bukit dan gunung lebih tingggi. Paling nyaman bila selepas hujan dan awal pagi melihat kabus dan awan di lereng gunung... Mulalah berangan nak pergi ke situ. Huhuhuhu


Berbanding dengan blok satu lagi yang kononnya menghadap ke KLCC rasanya dah nak hampir tertutup pandangan mereka itu kerana pesatnya pembangunan bangunan yang baru.
Lihat di kawasan Barat yang menghala ke LRT, bukit dan gunung dah terhalang pandangan dek tumbuhnya bangunan tinggi. Yang pastinya tumbuhnya mereka semakin menjauh dari area rumah aku. Syukurlah masa aku membeli dari Doktor itu tahun 2009 harganya tidak mencecah RM200 ribu pun, masih terlalu murah jika dibandingkan dengan keadaan rumah serta lokasi yang terbaekkkk.. Terima kaih Dr. zam dan terima kasih Mudah.My kerana mempertemukan aku dengan chenta hatiku ini. CINTA TITIWANGSA.