Tuesday 10 December 2013

Ubi ohhh ubi kayu

Memandangkan dia yang tersayang mahu pulang malam ini, sementara dia tiba aku nak buat sesuatu. Ada ubi kayu yang aku tinggalkan untuk dia merasa. Kesian bila orang yang tersayang tak merasa apa yang kita makan. Nak goreng boleh juga tapi memandangkan dia sudah lama meninggalkan Malaysia biarlah merasa ubi yang dibuat kuih yang tak sepertinya ini. Huhuhuhu

Masuk dapur, mula parut ubi nan seketul. Nasib baik besar dan panjang. Dapatlah semangkuk sedang isinya setelah diparut. 
Lepastu aku perah ubi dan tapis airnya. Mama kata pahit airnya. Jadi airnya dibuang dan akan kelihatan sagunya termendap di dasar bekas. Jangan dibuang. 
Ambil sagunya dan letakkan dengan ubi yang telah diperah.
Campurkan sebiji telur, setengah kotak kecil santan, sedikit air, gula secukup rasa, gula merah jika mahu warnanya kemerahan. Aku memang sukakan gula merah walau dalam apa kuih sekalipun. Ikut arwah abah. Sedangkan mama tidak suka gula merah.
Tambah sedikit air untuk cairkan cantan
Masukkan tiga sudu tepung.
Bancuhan jangan terlalu pekat. Biar kelihatan ada sedikit air/santan di permukaan ubi.
Naikkan kukusan hingga airnya menggelegak. Aku tambah daun pandan agar wangi airnya.

Kemudian kukus bancuhan yang telah disediakan. Oleh kerana nipis ya amat aku hanya kukus 15 minit. Cucuk dengan garfu tiada bancuhan yang melekat jadi tanda sudah masak kuih ubi ni.

Angkat dan biarkan sedikit sejuk sebelum dipotong. Apa rasanya? Entahlah. Rasa kuih ubi...
Layannnnnn gambar...
Gula merah yang sengaja aku tak hancurkan.

Telah dipotong untuk dirasa.

Kalau buat bengkang lagi sedap. Tapi ubi tak cukup. Oven pun tak ada. Ini jerlah yang mampu aku buat. 

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.