Thursday 19 December 2013

Online oh online


Sedar akan kekurangan diri ini, pembelian online kini menjadi pilihan aku. Mana yang tak memerlukan aku pergi ke mall, akan aku beli secara online. 

Memudahkan, menjimatkan masa serta tenaga. Bagi yang masih bertenaga dan ada daya upaya, pergilah mencuci mata ke tempat tempat shopping yang banyakkkkk ada di Malaysia yang aman ini. Mungkin zaman untuk aku berwindow shopping ke mall mall telah berakhir. Jadi, ini antara penyelesai masalah... Online shopping.. Cuma pakaian jer yang susah nak beli....



Teringat pertanyaan staff aku kat opis beberapa tahun yang lepas... Pernah ke beli barang secara online? Tak kena tipu ker?
Aku jawab pernah... Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Beli apa? Dia bertanya lagi
Rumah.... Huhuhuhu... Maksud aku dari portal Mudah.My ini lah aku berjaya menemukan dengan Chenta Titiwangsa iaitu rumah aku. Urus niaga dengan orang yang jujur akan menyelamatkan anda dari ditipu. So berdoa sentiasa agar semuanya urusan jual beli dilindungi Allah SWT..

Juga tak dilupakan belian di http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ 
thanks Diana... 




2 comments:

  1. InsyaAllah kalau kita tak pernah buat jahat, pegang amanah, tak aniaya orang, urusan kita berjalan lancar.
    Online sekarang ni dapat kita meluangkan masa dengan keluarga dengan lebih berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi baloi dapat masa yang lebih untuk yang tersayang... Memang amat memudahkan dunia online nie...

      Delete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.