Thursday 5 December 2013

Sambal Tumis Bilis dan Jering

Bacaan dapat mempengaruhi seseorang. Memang benar kata kata ini. Hari ini dah terbukti melalui pembacaan persepsi dan pemikiran orang akan berubah sekelip mata. Begitulah powernya kuasa membaca. Bacalah....

Okay berbalik kepada tajuk nya. Ikan bilis dibuat sambal dengan memasukkan kawannya iaitu jering. Aku tak pernah makan jering seumur hidup. Namun hasil dari blog walking akhirnya aku memakan jering pada hari ini. Bagus juga rasanya. Begini caranya....

Segengam ikan bilis kecil
3 biji jering dihiris nipis nipis
Empat ulas bawang merah
Tiga ulas bawang putih
Empat biji cili padi
Dua sudu besar cili kisar
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Gula dan garam secukup rasa

Goreng garing ikan bilis, angkat dan ketepikan
Goreng pula jering yang dihiris halus juga sampai garing, angkat dan ketepikan
Tumbuk bawang bawangan serta cili padi
Buang minyak yang lebih dan tinggal untuk menumis
Tumis bawang serta cili yang telah ditumbuk lumat
Tumis sehingga agak kekuningan
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing
Masukkan sedikit air, gula dan garam 
Masukkan ikan bilis serta jering yang telah digoreng tadi
Kacau hingga sebati dan mesra alam
Padamkan api bila kelihatan telah pecah minyak
Hidangkan dengan nasi panas....


Tadaaaaaaa hasilnya .. Dah tinggal separuh. Maka rekod telah tercipta hari ini. Aku telah makan jering. Huuuuuuuu sedapppppp...

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.