Tuesday 24 December 2013

Rewang

Alhamdulillah, baru baru ini family besar aku berhimpun untuk satu majlis kenduri. Kenduri khatan atau sunatan jer. Tapi dibuat seperti majlis kenduri kahwin memandangkan pak cu aku ada rezeki lebih dan dah lama family kami tak buat kenduri besar. So 22 Disember 2013 yang lepas telah berlangsungnya kenduri tersebut. Sederhana tapi meriah.

Alhamdulillah lauk pauk pun sodapppp... Amalan gotong royong telah diterapkan dalam kenduri kali ini. Syukur keluarga cu dan pak cu mendapat banyak tenaga kerja. Yang berat menjadi ringan.

Jom rewang ramai ramai... (Yang nampak dua sahaja.. Huhuhuhu)

Untuk jelatah....

Bukan promosi tapi nak kongsi...

Puding in the making

Untuk sambal kicap dilawan dengan sup tulang... Pehhhhhh

Pisang sesikat...

Berkat kata orang Jawa...

Buah jambu ball/ keling sebagai sampingan orang rewang... Cicah garam atau kicap n cabai n gula.. Pehhhh dappp

Gelap la pulak gambarnya...

Apa pun ianya akan menjadi kenangan yang terindah sebelum aku masuk opis.... 
Berjumpa sanak saudara bersembang bertanya khabar dan beramah mesra selepas lama tak berjumpa. Syukur Alhamdulillah cuaca pun baik sahaja seharian itu. Memang rejeki cu n pak cu...









2 comments:

  1. Seronokkan amalan gotong royongkan jarang dapat sekarang sebab nak mudah dengan catering. Kenangan indah bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr sangat seronok Diana... Huhuhu jarang dah dapat rasa sekarang ni kan.... :-)

      Delete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.