Saturday, 14 December 2013

Buah Ciku

Entri di malam minggu ini pasal ciku pulak.... Semangat Kebun Bahagia Bersama masih lagi membara dalam hati aku. Juga mengambil aura arwah abah yang sentiasa dan rajin menyemai biji benih. Apa sahaja. Durian, cempedak, mangga dan lain lain jenis buah buahan. Anak perempuannya juga mempunyai minat yang sama. Namun kekangan ruang dan tanah membuatkan semuanya terbantut. Pokok kurma aku juga terpaksa mama buang kerana tumbuh dah separas pinggang di tepi tembok pagar rumah.

Pokok salak terbiar tanpa dijaga di kampung. Pokok inai diberi pada cu dan jiran sebelah rumah. Pokok nam nam yang disemai dari biji juga diserah kepada jiran sebelah rumah mama. Yang ada, pokok tebu, pokok ceri, pokok naga, pokok betik yang lebat berbuah dan pokok pokok bunga yang memang aku tanam di rumah mama. 

Balik nanti aku nak semai biji benih ciku pula... Boleh ker ciku berbuah cantik dari baka yang ditanam dari biji? Nanti leh rujuk Kebun Bahagia Bersama... Hehe..

Ini ciku yang ku beli di simpang jalan berhampiran Kelab Golf Selangor. Area Kuala Selangor. Sekilo RM7.00 tapi sayang banyak yang masam buahnya. Kenapa masam yer?

Ciku ni ada banyak kenangan. Kebanyakkan rumah yang kami sewa atau duduk ada pohon ciku. Di Kompleks Bernas Sri Tiram Jaya juga ada dua pohon ciku yang rajin berbuah. Arwah abah rajin memetik dan aku pulak rajin membasuh dan memberus kulit ciku dengan sabut. Barulah elok masaknya. Berbeza dengan ciku yang dibeli, ciku yang dipetik sendiri memang berkualiti. Masak elok dan manis sangat. Kenangan yang sangat indah. 

Juga dikampung, ada dua pokok juga rajin berbuah. Namun sebab cu berpindah rumah tinggallah pohon ciku yang rimbun itu dengan kawannya. Entah apa yang dibualkan mereka kan... Hmmmm... Jadi buah ni menjadi kegemaran aku. Namun kerana jarang dapat yang manis aku jarang membeli. Cuma baru baru ini terjumpa dan terbuka hati nak membeli. Tapi hasilnya sedikit mendukacitakan. Banyak yang masam.

2 comments:

  1. Berus dengan sabut juga ya.
    Wah sayang tu pokok kurma dah paras pinggang nak tumbuh bukannya mudah dan cepat.
    Takpa bagi adoptation pun dapat pahala kira sedekah bila orang makan hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. -yer... Huhuhu sabut senang bersihnya...
      - tu lah dah empat tahun umurnya kurma tu... Ciann
      - Insyaallah.. Tq atas semangat diberi....

      Delete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.