Yang tiada kenderaan bermotor di sini. Hanya basikal dan kereta kuda sahaja dibenarkan. Dah banyak cerita pasal Gili Trawangan yang di post oleh netizen. Jadi aku hanya ceritakan keindahan yang aku nampak saja lah. Sebab aku tidak buat aktiviti scuba diving dan snorkeling. Jadinya mungkin ianya tidak sebegitu menarik.
Hanya duduk duduk menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Mensyukuri nikmat yang diberi. Dapat melihat bumi lain selain dari negara tercinta, Malaysia.
Kaki kiri pun dah makin sakit. Aku tidak bawa slipar kali ini. Jadinya harus berkasut setiap masa di luar...
Jadinya kebanyakkan aktiviti aku jalan sikit duduk banyak. Huhuhuhu
Melihat kuda yang kecil ini ulang alik membawa penumpang. Entah dah makan atau belum, entah lenguh kakinya? Entah sakit urat betisnya? Ehhhh... Itu yang aku fikirkan? Huhuhu yer lah. Kesian tengok. Kudanya kecil, membawa bebanan dan berlari anak tiap masa. Bila masa tidurnya? Ada ke masa rehatnya? Opsssss... Stop dulu..
Asyik melihat kuda ini sementara aku melepak di depan hotel penginapan.
The Beach House Resort, harganya satu malam RM210.00 kalau rupiahnya RP700,000.00 per malam. Aku booking lewat Airasiago. Senang dan mudah. Entah mengapa aku senang menggunakan airasiago. Chalet ni kira ok lah. Dekat dengan pantai. Dekat dengan kedai serbaneka. Nak beli air mineral dan barang keperluan memang dekat.
Bestnya lihat orang mengayuh basikal. Mampukah aku??? Esok pagi nak try lah. Menyewa dan mengayuh basikal. Itupun kalau mampu dan ada basikal yang sesuai untuk aku. Kaki kiri ni macam dah tak boleh merasa sangat dan mengayuh kot.... Entahlah.. Cubalah kot esok.
Lihat jalan kecil ini. Jalan ini memisahkan chalet dan pantai. Lepas kedai makan beratap tulah pantainya. Jernih airnya. Cantik pemandangannya...
Petang ini aktiviti aku dan mama hanya santai. Dan melihat cidomo lalu lalang, lihat orang berbasikal dan lihat pantai yang indah. Terbaikkkkkkkkk...
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.