Showing posts with label Durian. Show all posts
Showing posts with label Durian. Show all posts

Friday, 26 June 2015

Ramadhan dan Musang King

Salam Ramadhan ke lapan buat semua tersayang. Hari ini ada masa sedikit sementara menunggu waktu berbuka puasa. Hari ini buka sendirian. Mama seorang di kampung, abang seorang di Bandung, dan aku seorang di sentul.

Siang tadi di pejabat rakan menjual musang king seperti biasa datang setelah setahun menunggu. 
Dua biji sahaja untuk trip kali ini sebab harganya. RM30 sekilo.

Jom lihat isinya

Gebu dalamnya menunjukkan kesegaran buah yang amat sangat. Huhuhu

Tadaaaaaaa... Inilah isinya... Cantik. Tapi tunggu waktu berbuka ya...




Thursday, 5 December 2013

Pulut Durian Terakhir...

Perghhhh cam tajuk drama time time nak raya la pulak.... Huhuhuhu pagi pagi lagi aku dah ngadap pulut doyan. Kelapa parut lebihan semalam dalam peti ais aku perah sebelum ianya memasamkan diri...

Perah pakai air panas sebab semalam cepat no basinya... Petang nak ulang makan dah basi santannya. Pas perah santan, ambil pulut semalam, rendan periuknya dan mulakan dengan Bismillahhirahmanirahimmmm... Aummmmmm.. Dah sepinggan makan mula rasa kalaulah aku makan sikit jer. Huhuhu tapi pulutnya memang sikit aku ambil pagi ni. Hanya sesudu. Msih berbaki sepiring lagi tu. Bestnya kalau ada sambal tumis ikan bilis kan. Huhuhuu tapi pulut lagi macam angin jerrrr...

Durian dah habis di buka. Tunggu nak heret plastik sampah kulitnya ke rumah sampah sebelah nie jer. Huuuuuu