Sunday 10 November 2013

Tak sabarnya aku Ya Allah....

Lamanya aku tak menjengah ke mari. Rindu gilerrrr kat blog ni. Tapi entah kenapa tak tahu nak tulis apa....

Kali ni just nak bercerita. Berkongsi keadaan aku sekarang... Bermula kelmarin, 8.11.2013 (Jumaat) aku mula rasakan kesakitan di tapak kaki kiri aku. Yang alami foot drop tu... Rasanya kesakitan itu seperti otot di tapak kaki kiri aku ditarik tarik. Aku masih diam kan dan hanya bercerita pada mama. Ketika itu aku dan mama berada di kedai jual pakaian. Aku temankan mama mencari blause. Kesakitan tu menyerang tiap dua tiga minit sekali. Buatkan aku yang sudah sedia berjalan terdengkut dengkut menjadi semakin pincang.

Tiap kali ianyanya datang aku akan menyeringai kesakitan. Tapi oleh kerana berada di khalayak ramai, aku berdiam seketika sambil menahan kesakitan. Menjingkit menahannya.

Apakah? Kenapakah?

Mama suruh aku ke klinik atau berurut.

Sedangkan aku sudah mengetahui jawapannya. Mungkin salah satu urat atau saraf ke kaki aku makin terhimpit. Tertekan dengan besi yang ada atau tersepit antara besi? Semua itu mungkin. Jadi aku malas untuk ke klinik. Kesakitan itu aku tahan dengan mengambil Tramadol 50mg. Tengah hari, petang dan malam.

Malam itu bermula episod yang amat mengerikan. Kesakitan itu tak henti menyerang aku dari sebelum tidur hingga ke pagi. Tiap 30 saat ianya akan menyerang hingga kaki kiri aku tertarik tarik. Ke kiri, ke kanan, telentang, meniarap, semuanya sudah aku posisikan tubuh. Tapi tak juga reda. Hanya Allah yang tahu kesakitan itu macam mana. Tiada reda dan ubat tahan sakit pun tak daya menahan nya. Demi Allah jua, kesakitan ini lebih sakit dari kesakitan selepas aku operation. Moga esok pagi ianya akan pergi.

Tapi harapanku meleset.

Sabtu (9.11.2013)
Aku bangun dengan rasa kesakitan yang sama. Maafkan aku Ya Allah. Mulut ku ringan menyebut perkataan yang tak sepatutnya ketika aku tak tahan lagi menanggungnya. "Bab....i lahh......." Jahatnya aku. Baru semalaman tidak tidur dan baru sehari dua kau timpakan kesakitan ini aku telah menyumpahnya... Ampunkan aku Ya Allah. 

Aku gagahkan berjalan. Makin bertambah kesakitan itu. Beradoih adoihhh la aku juga.

Tapi syukurlah. Menjelang petang keskitan itu hanya menyerang tiap 5-10 minit sekali. Walau bagaimanapun, urat dan otot di tapak kaki kiri aku masih sakit. Trauma rasanya.

Malam itu, Alhamdulillah... Nikmat tidur dikembalikan kepadaku. Syukur Ya Allah...

Dan hari ini aku merasa sungguh menyesal kerana ketidak sabaran aku menghadapi dugaan yang Allah berikan. Namun sesungguhnya, kesakitan itu di luar batas kemampuan penanggunganku. Amat sakit. Kalau semua orang kenal aku bukan yang jenis cepat mengalah dan kuat menghadapi apa jua jenis kesakitan, tapi tidak yang ini. Akhirnya aku mengalah hingga air mata mengalir di pipi.

 Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan rahmatMu dan memberi kebenaran untuk aku berjalan menggunakan sepasang kaki ini di BumiMu... Ampunkan aku YaAllah....

Sekarang kesan sakit masih ada di tapak kaki aku. Masih terasa sakit ketika berjalan. Namun sakit seperti ditarik tarik itu telah pergi.

* teringat pula satu kebetulan... (Baru terfikir saat menulis ayat di akhir entri ini)
Bulan November 2011 aku mengalami kesakitan yang agak dasyat juga di bahagian belakang. 
Dan foot drop terjadi. Kini di bulan November 2013 juga kesakitan maha dasyat ini hadir... Sudah genap dua tahun rupanya...Subhanallah....


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.