Wednesday 20 November 2013

Fisioterapi

Camat pagi semua... Hari yang indah. Pagi pagi hujan telah membasahi bumi. Syukurlah....

Aku cadang nak ke Hospital Sabak Bernam. Sebab aku dah penat ke Klinik Kesihatan Sungai Besar. Dah tiga kali datang untuk daftarkan diri untuk fisio tapi tak da orang. So pagi ni aku nak terus ke hospital. Kalauntak kerana mama aku dah ke sana.

Tapi mama pujuk aku ke sini lagi. Mama cakap aku kan penyabar orangnya. Huuuu sebab sabarlah aku rela pergi tempat jauh. Hahhahaha... So dalam jam 9.00 pagi aku dan mama ke klinik kesihatan Sungai Besar. Sekali lagi terjadi. Tiada orang di unit fisio. Nasib kami baik coz ada petugas yang sedang bersihkan lantai bilik tu bagitahu pegawainya ada tapi keluar sekejap. Jadi aku dan mama tunggu sekejap. Nasib menyebelahi aku apabila tak lama kemudian datang seorang pegawai fisio. Mudaaaaa giler budaknya. So dapatlah ambil tarikh fisio. 

Selesai satu antara beberapa wish list aku. Syukur Alhamdulillah.


2 comments:

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.