Friday 15 November 2013

Mama, mak, ibu, ummi, amma, mommy, mummy

Apa saja gelaran buat wanita ini, pelbagai... Yang pasti, dia yang melahirkan kita. Tiap penulis blog yang ada di maya ini dilahirkan oleh ibu. Tiap umat manusia yang berjumlah kini 7 Bilion, Malaysia yang kini ada 29juta orang di tempat ke 43 di dunia dilahirkan oleh seorang ibu. 

Tak ada orang dalam dunia ni yang dilahirkan oleh dua orang ibu atau lebih. Tapi sebaliknya.
Seorang ibu mampu melahirkan dan membesarkan lebih dari seorang anak. Fakta yang menarik dan paling simple di dunia.

Tapi kenapa masih ramai yang tak mengetahui kepentingan dan kekuasaan  fakta yang paling mudah di dunia ini?

Pokok pangkalnya hati... Hati kurniaan yang Esa mampu membezakan cara pemikiran seseorang manusia itu melayan ibunya.

Panjangnya mengomel. Dah lama nak tulis entri pasal seorang ibu. Malam ni baru berkelapangan. Di tambah dengan kemenangan lagu kesukaan aku malam ni dalam Anugerah Juara Lagu. Huhuhuhu. 


Lagu ini bertajuk Kalau Aku Kaya.

Tapi apa yang nak aku kongsikan kat sini ialah antara liriknya, 
.....
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
.....
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar

Mama dan Mak

Tengok... Dalam lagu ini darjat pompuan bergelar ibu naik setinggi tingginya. Hadiah untuk mama. Hantar mak pergi pasar. Tahniah Altimet. 
Tiada mendahulukan teman wanita dalam lagu ini. Apa apa pun mak paling utama. Yang lain balakang kira. 
Oooo time sakit pandai sebut oh mak... Sakitnya mak oiiii
Time melatah.. Opocot mak ngkau...
Mak jugak yang disebut sebut. Huhuhuhu

Hurmmm... Aku tak segan silu nyatakan aku sayang mama. Hari hari aku cium dia. Kalu kat kl dia kat kampung time aku kerja aritu, tiap tiap hari call. Bukan tiap hari lagi pun tiap beberapa jam sms dan call. Huhuhuhu. Tak kan dah meninggal baru nak cium mak? Tak guna dah time tu coz dia tak dapat rasakan ciuman kita. 

Time dia hidup la kita balik, jenguk, picit picit dia kalau dia sakit ke lenguh ke. Belikan makanan kegemaran dia. Penuhkan stok bahan dapur dia. Penuhkan stok ubat dia. Beri sikit sepuluh dua puluh wang kocek dia. Tak ada banyak, sikit pun jadi. Dari tak bagi langsung.
 Bawa dia jalan jalan. Biar dekat pekan dekan rumah, biar tepi sawah, biar belakang pantai rumah, namun sedikit sebanyak gembirakanlah hati dia yang bergelar ibu. Tak rugi nyerrrr. Cayalah cakap aku.

Arwah abah aku yang ajar semua ni. Aku pun dapat saksikan keberkatan hidup abah...
Walaupun hari ni bukan hari ibu, namun aku rasa terpanggil nak war warkan bahawa menyayangi ibu tak harus malu atau kekok. Pesanan untuk diri aku juga.
Pandai pandailah melayan ibu slagi hayatnya ada... Aminnnn
Juga tak dilupakan juga ayah kita....

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.