Saturday 30 November 2013

Berbudi kepada tanah

Hasil dari lawatan atau blog walking ke Kebun Bahagia Bersama membangkitkan semangat aku untuk mengusahakan petak sayur mama. Kebetulan ada orang yang bersihkan rumput rampai yang gemuk membiak. Kebetulan bersih tempatnya apa lagi.... Menyemailah aku.

Ini benih timun yang usianya tiga hari aku semai... Moga hidup subur monnn....

Ini pula kacang renek yang hidupnya tidak perlu dibuat tempat menjalarnya.. Juga tiga hari usianya.

Yang tanahnya kuning tu petak sayur mama. Telah diggemburkan oleh Pak Komang.
Yang tanahnya hitam tu petak sayur aku. Huhuhu aku boleh tanam apa saja di situ. Yahoooo...

Kebetulan sekarang musim hujan. Moga tumbuhan ini tumbuh subur. Siram pun hanya sesekali sahaja. Mungkin esok aku akan mula semai benih carrot yang dipesan benihnya dari KBB. Moga hidup. Aminnnnn



2 comments:

  1. Tanaman ni bila tuannya ada dia manja,
    Bila tuannya tak de pandai pula jaga diri.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Hehehehhe tq tq ya... Moga dia pandai jaga diri dan hidup sihat sepanjang tuannya tak ada. Dan berjuang dengan rumput rampai huhuhuhu....

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.