Friday 22 November 2013

Aku dan Foot Drop

Apa aku rasa dengan adanya Foot Drop?

Aku start mengalami foot drop pada November 2011. aku masih ingat tarikh dan peristiwa itu ialah kerana aku baru berpindah ke department baru dan aku sedang mengendalikan projek dengan menggunakan Geran dari UNESCO bagi menjalankan bengkel pengajaran dan pembelajaran berkaitan Literasi Maklumat. ianya melibatkan profesion dalam bidang kerja aku dari seluruh negara hadir. dan aku masih ingat sahabat ku yang seorang itu yang juga hadir ke bengkel anjuran aku memapah dan berpapasan dengan aku berjalan beriringan ketika aku tak boleh berjalan dengan laju ketika itu.

Dua hari sebelum
Semasa di rumah mama aku diserang sakit belakang yang kronik. terlalu sakit hingga aku tidak dapat bangun. setelah ke klinik dan mendapatkan suntikan penahan sakit baru aku berdaya bangun dan balik ke KL bagi menyambung tugasan mengendalikan bengkel. tapi apa yang aku sedari selepas itu, aku tak dapat berjalan dengan baik hingga berpimpin tangan dengan anak buah aku dari bangunan opis ke bangunan sebelah.

Aku kini penghidap Foot Drop

Aku masih tak tahu apa yang aku alami ketika itu. Tiada kesedaran mengenai foot drop. Aku ingat ianya disebabkan sakit tulang belakang aku. tu jer. rupa rupanya itulah saatnya aku mengalami foot drop di mana aku tidak berupaya mengangkat hujung kaki aku hingga menyebabkan ianya terseret. lemah selemah lemahnya. paling sedih aku tak boleh memakai kasut sarung ku. langsung tak rasa/ pakai pakai tanggal. pakai tanggal. Hingga aku memakai sandal Crocs milik staff aku yang telah bersara bewarna pink untuk ke bangunan sebelah. malunya Tuhan jer yang tahu. tapi oleh kerana tugas dan amanah aku gagahkan diri.

Kini....
-Kaki kiri memang lemah dan kebas. kerap kali rasa sejuk sangat macam ais jika dibandingkan dengan kaki kanan yang sihat.
-Hujung jari jari kaki akan rasa kebas dan semut semut. kadangkala sakit mencucuk.
-Ketika berjalan aku merasakan kaki terseret ke tanah semasa berjalan.
-Aku juga mengalami kesakitan di pergelangan kaki, lemah dan kebas. Ini akan menjadikan peluang untuk jatuh dan tersandung menjadi lebih tinggi.
- Aku kerap tersandung dan terjatuh dengan kerap. Sejak aku mengalami foot drop aku telah jatuh lebih dari empat kali. di pejabat juga mereka pernah menyaksikan aku terjatuh dek kerana tersandung wayar scanner. memang kaki ini tak akan merasa jika tersangkut dengan apa barang sekali pun. amat bahaya.
- jika di rumah mama kerap tersangkut getah paip yang berselirat di kawasan taman mama.
- Kerap tersandung tapi tak jatuh. terutama jika dah berjalan jauh dan kaki menjadi letih. semakin lemahlah ia.
- Jadi, bagi mengelakkan kaki kami tersandung, kami akan mengangkat lutut setinggi tinginya ketika berjalan bagi mengangkat hujung kaki kami sekali.
- Kasut: aku sekarang hanya boleh memakai kasut yang bersarung dan mempunyai tali atau strap di atasnya. Kalau tanpa tali atau strap ianya akan tanggal tanpa aku sedari.
- Nak pakai kasut pun amat sukar. hingga sekarang. masih sukar.
- Selipar: hanya ada satu jenis yang aku boleh pakai. sandal asadi yang amat ringan tetapi: mempunyai tebing di sekeliling sandalnya. jika rata, aku tak boleh pakai. kerana ianya akan tertanggal tanpa aku sedari.
- Kuku kaki kiri rosak.
- Kulit mengelupas dan berpenyakit gatal gatal jika dibandingkan dengan kaki kanan yang sihat.
- Menggunakan tongkat bagi mengimbangi dan menguatkan serta mengukuhkan kaki ini.
- Menyorong troli ketika berjalan di pasaraya amat menyenangkan aku. ianya juga amat membantu aku berjalan agak jauh.


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.