Tuesday 1 October 2013

Buah Melinjau

Ini namanya buah melinjau. Di kalangan orang jawa ianya amat terkenal. Di kampung aku banyak juga pokok ni. Buahnya hijau ketika muda dan merah bila masak.

Buahnya yang masak boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Ketika aku ke medan dulu semasa membeli set nasi padang, dalam kerabu daun singkong (ubi) ada buah ini yang direbus. Enak juga rasanya dimakan bersama kerabu. Tambahan dimakan dengan nasi panas, gulai urat kaki lembu serta paru paru lembu yang dogereng rangup... Aduhhhhhhh enak sekali. Huhuhuhu

Berbalik kepada melinjau ini pula, di Malaysia juga ada jual keropok melinjau. Dibuat dari buah melinjau yang telah ditumbuk leper hingga menjadi emping. Dipanggil emping melinjau atau keropok melinjau yang perlu digoreng terlebih dahulu sebelum anda menikmati keenakkannya. Silalah mencuba. Rasanya pahit pahit lemak. Sedap sekali.

Tunggu ya, tadi mama suh aku temankan dia ke pasar. Mama nak beli tempe, kebetulan parking kereta sebelah makcik jual hasil hasil kampung. Aku turun dan bertanyakan makcik ni mengenai buah melinjau. Ada rezeki aku rupanya. Buah ini tidak dipamerkan atas meja makcik ni. Tu sebab aku bertanya. Rupanya ada orang baru hantar ke gerai makcik ni pagi ini. Jadi aku terus borong semua. Semangkuk besar itu harganya hanya RM2.00.

Tunggu ya, jap lagi aku nak basuh bersih buahnya dan rebus kesemuanya. Besar kecil akan ku rebus semuanya.  Tunguuuuuuu



No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.