Wednesday 2 October 2013

Buah binjai

Dalam perjalanan balik kampung, aku akan melalui satu pokok binjai. Pokok ni terletak di tepi jalan. Berhampiran dengan pusat cuci kereta. Pokok ni kalau berbuah sangat lebat. Lebat sangat... Eh... Sama jer maksud. Hehehehh....

Tapi yang aku perhatikan dah tiga tahun kot pokok ni tak berbunga dan berbuah. Dah lama. Sebab kami kerap balik kampung. Tiap bulan mesti balik. Kalau tak pun tiap minggu. So apa perkembangan pokok ni selalu aku tengok.

Balik raya bulan ogos aritu aku tengok pokoknya dah berbunga lebat. Hingga nampak warna keungu unguan pokoknya dek kerana lebatnya bunga. Tadi time balik, sempat berhenti kejap untuk ambil gambar putik buah binjai. Dah mula keluar putik rupanya. Lebat buahnya nanti. Macam tahun tahun yang lepas lah...

Pokok ni macam pokok mangga. Tapi lain sikit. Layan gambar ini....

Kalau google buah binjai beginilah rupanya...




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.