Monday 21 October 2013

Berlagu sendu...

Hari semalam dan hari ini bumi di kampung aku dibasahi air hujan. Hujan kurniaan Allah tanpa sesen bayaran pun. Syukur AlHamdulilah... Segar pohon pohon menerima curahan air hujan ini. Akibatnya... Aku dan mama tak payah menjirus pokok lagi. Syukur ya Allahh.

Sejak balik dari checkup yang kedua di Ortopedik HKL aritu perasaan sayu dan sedih mula bertamu. Perasaan yang sukar diluahkan. Entah mengapa. Mungkin hati ini telah mula bersedia untuk kembali menjalani kehidupan asalku?????????? Jenuh ku usir perasaan itu namun ia tetap menghuni hati ini. Kejap ok kejap dia datang. Huhuhuh

Mungkinkah??????????

Mama... Akan aku tinggalkan setelah hampir 3 bulan lebih bersama dia. Memang dosa aku bertambah dan dicatat Malaikat kerana banyak kali bergaduh, meninggi suara, melawan dan bertegang urat dengan mama. Namun disebalik itu semua, ada terhimpun tawa senda antara aku dan mama. Juga antara aku dan abang. Lebih lagi dengan mama kerana dia ada setiap saat dengan aku sejak aku sakit. Huhuhuhuhu  

Aku balik ke kl nanti pandai pandai lah mama jaga diri ok. Si demuk yang aku bela... Sama sama bela badan sampai montel. Hahahahahha.

Aku mungkin akan kembali ke aktiviti asalku di kota metropolitan yang menjadi tempat aku mengais rezeki selama 11 tahun jika keadaan kesihatan mengizinkan. Bulan ini genap 11 tahun aku bekerja. Huuuuuuuuu

Kesedihan ini lain...
Bukan kerana sakit ini
Kesedihan ini bedaaa...
Bukan kerana kaki yang lemah terseret seret...
Kesedihan ini pedih...
Sukar diungkap

Saat melihat barang barang bekas tinggalan aku ketika terlantar tempoh hari, sayunya lain macammm... Lihat seat kereta aku yang masih tersandar ke belakang, memori ini jauhhhhh melayang. Melangkau kehidupan hari ini. Melihat botol botol minyak panas, bekas2 ubat yang banyak, semua ada cerita tiap satu punya kenangan.

Akan aku sambung cerita ini selagi ada hayat untuk berkarya dan selagi ada Izin dariNya.


Kosong dan tenangkan jiwa seperti kosongnya ortopedik ini dari pesakit pesakitnya.....

2 comments:

  1. bersabarlah dan bertawakallah
    dalam kehidupan ini
    sesuatu yang tejadi itu
    tentu ada hikmahnya

    penderitaan yang engkau alami
    hanya suatu dugaan
    dan janganlah kau bersedih hati
    Tuhan maha penyayang

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.