Wednesday 2 October 2013

Balik kampung

Hari Khamis ni terasa nak balik kampung rumah cu. Semalam nak balik tapi tak jadi. Jadi mama bersetuju untuk balik kampung hari ini. Kebetulan malamnya hujan jadi kami tak perlu jirus pokok. Tanah masih basah. Jadi pagi pagi kami dah bertolak ke kampung. Jarak rumah mama dan rumah adiknya yang ku panggil cu adalah 30km. So perjalanan pergi dan balik sebanyak 60km. Kalau kami tak balik, cu yang akan datang rumah mama. Begitulah sebaliknya. 


Kami bersarapan di ruang santai rumah cu. Bertemankan angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup nyaman. Membuatkan makanan bertambah banyak dimakan. Berteman air teh tarik... Tanpa kami sedari. Hehehhehe. Maafkanlah.

Dihiasi pokok pokok hiasan yang cantik, memang mendamaikan berada di kampung ini.....

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.