Saturday 17 January 2015

Pembedahan buang tumor rahang

Syukur Alhamdulillah, pembedahan pembuangan tumor di rahang bawah aku berjaya dilakukan pada 7.1.2015. Ditolak ke dewan bedah jam 7.45 dan sampai ward pada jam lebih kurang 7 petang.

Terima kasih kepada semua kakitangan di Wad NW11, Aras 3, Hospital Kuala Lumpur kerana menjaga aku sepanjang berada di sana. Perkhidmatan yang terbaik dan tulus giler. Bukan pada aku seorang sahaja tapi pada semua pesakit yang ramai giler juga di wad tu. apa motivasi mereka tiap kali melangkah keluar bekerja hingga mereka boleh jadi setulus ikhlas itu yer...??????

Ok, berbalik pada cerita aku,
Torehan kali ini agak panjang. Mungkin sama panjang dengan torehan pembedahan tulang belakang aku pada 17.7.2013 yang lalu. Tetapi kali ini kena jahitan. Erkhhhh.. Aku ingat kali ni pun sama. Main spray jer... Ok la. tapi telahan ku salah. Kena jahit sebab di bawah leher lebih banyak saraf dan urat yang bergerak ketika kita bergerak. Dikuatiri akan terbuka torehan itu.


Malam selepas pembedahan. Luka dibalut. Aku kena menggunakan oksigen. Dengan tiub di hidung yang dimasukkan semasa aku tak sedarkan diri di dewan bedah. Tiub di hidung ni menjadi teman aku selama 8 hari di HKL. Susu dan air dimasukkan ke perut melalui tube di hidung aku kerana luka di dalam mulut juga banyak yang dijahit. Di luar nampak ngeri. Di dalam apatah lagi.

Kesan torehan yang telah dijahit sulam pangkah... Erkhhhh... 
Dari tengah bawah dagu ke bawah tekak dan pusing ke pangkal telinga.

Data data carta carta jadual jadual ubat ubatan semua nya ada di hujung kaki. 

Ni juga kawan baik aku. Bergayut je ngan aku 24 jam selama 7 hari. Kemana mana dibawa. Kali ni lama sikit aku berkawan dengan dia jika dibandingkan semasa pembedahan tulang belakang aritu. Kejap je dah habis keluar darah dan air. Kali ni sampai seminggu. 

Nurse nurse yang baik hati akan datang sebelum jam 6 pagi untuk mengukur banyak mana cecair tersebut. terima kasih semua. 
Drainage ni hanya boleh dipisahkan dari badan pesakit jika cecair yang dikumpul pada setiap pagi kurang dari 10ml. (Kalu x silap aku lah). Dalam kes aku tiap tiap hari darah yang dikumpul dalam 20ml - 15ml. Jadinya harus tunggu, tunggu dan tunggu lagi hingga ianya kurang atau hingga cecair yang dikumpul menjadi jernih. Macam atas katil tu yang jernih dan keesokkannya dah dipisahkan dari aku. Bye drainage.


Jahitan ini dibuka pada 13.1.2015 secara berselang dengan meninggalkan sebahagian lagi jahitan untuk dibuka pada hari Jumaat (16.1.2015).

* Semua gambar hanya bertujuan untuk memberi penjelasan serta penerangan lebih terperinci bagi mereka yang ingin tahu. Sekadar berkongsi pengalaman. Wallahuaklam Bissawab...



No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.