Thursday 29 January 2015

Check up 29.1.2015

Checkup kali ke tiga. Kali ni dengan doktor pertama aku jumpa. Dr. Nur Azilia Khairudin. 
Benang jahitan yang tertinggal di pat lima tempat tu benang jahitan otot dalam. Bukannya jahitan kulit luar. Kalau ditarik buang pasti berdarah. Benang kaler ungu tu akan dibiarkan saja hingga reput dan hilang sendiri. Cuma dia buang yang terkeluar tu jer.

Dan kali ni juga buang jahitan dalam mulut untuk mengelak dari makanan terlekat dan kuman berkumpul di situ. Berdarah juga semasa aktiviti dijalankan. Tapi sakit sikit jer.

Tunggu kejap, Dr. azilia panggil Dr. Shamsul. Boss besar bawah HOD kat Klinik Bedah Mulut HKL. Antara penerangannya yang baru dan yang ulang tayang adalah:
- tumor lebih banyak menyerang tisu daripada tulang rahang
- plat dipasang untuk mengelakkan rahang patah
- mungkin akan dibiarkan atau dibuang semula melalui pembedahan sekali lagi bergantung pada keadaan
- hasil analisis tumor yang dibuang syukurlah bukan kanser. Namun kebarangkalian untuk ia tumbuh lagi akan ada dan berjaga jaga jika ada sebarang kelainan. Ada namanya tapi aku lupa nak tuliskan. Sebab nampak Dr. Shamsul rujuk surat dan kertas dari fail aku
- tumor menjadi kanser juga ada kebarangkalian dan dia hanya tersenyum comel menjawab pertanyaan ku
- bengkak bawah dagu perlukan masa untuk sembuh dan masa penentu segalanya
- perlu datang lagi untuk ulangan pemeriksaan pada 12.2.2015

Dr. Azilia
- untuk gigi geraham yang dibuang tiga batang, boleh buat gigi palsu ataupun implan
- boleh buat di Klinik yang sama
- massage boleh buat ke atas bengkak untuk lembutkannya. Tunggu dua minggu lagi
- sebarang rawatan gigi juga kena tunggu lagi dua minggu
- ubat saraf ditukar dari Vitbion Forte Tablet tu ke Mecobalamin 500mg (tapi oleh kerana spine aku juga  telah dibekalkan ubat yang sama jadi aku tak nak amik dah. Cuma tramadol jer aku minta dari dr.)



6 comments:

  1. Assalamualaikum boleh tanya apa namapenyakit tuan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum boleh tanya apa namapenyakit tuan

    ReplyDelete
  3. vitbion forte memang untuk saraf ke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya juga dibekalkan dengan 42 biji vitbion forte tablet kerana saraf di siku saya tersepit kerana terhantuk.

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.