Tuesday 27 January 2015

21 hari selepas...

Hari ni genap tiga minggu pembedahan pembuangan tumor rahang aku. Bengkak bawah dagu masih ada dan masih keras. Pakai tudung kena yang longgar longgar sebab kalau ketat kena bengkak tu. 

Luka dalam mulut Alhamdulillah semakin membaik dan dah bercantum.
Luka luar pun syukurlah bertambah baik kecuali yang terkena infection minggu lepas masih ada yang lembik sikit. Dan ada terjumpa beberapa tempat jahitan benang yang masih tertinggal.

Dah mula makan nasi dan melantak segala macam. Kecuali ikan yang gatal dan makanan laut lah.

Pertuturan bagi orang yang mendengar seperti biasa. Tetapi bagi aku, masih sukar mengawal bibir dan mulut kerana masih kebas. Bibir kiri bawah masih tak terasa dan ada beberapa luka terkena gigi sendiri ketika mengunyah. Kebas masih ada di bahagian dagu kiri bawah dan kawasan yang dibuang tumor.

Sangat tidak selesa dengan bibir dan bengkak bawah dagu yang keras ni. Tidur masih mengiring sebelah kanan saja. Bukan sakit. Tapi tak selesa dengan rasa keras dan kebas itu. 

Selebihnya, syukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kesembuhan ini pada aku. Yang menghilangkan rasa kesakitan langsung terhadap luka pembedahan dan jahitan luka luar dan dalam sejak lepas bedah hingga ke hari ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

Selepas ini aku nak tumpukan pada pemulihan bibir yang senget ni. Bedah plastik, fisio atau apa saja akan aku usahakan. Insyaallah. Malu? Entah.. Entah apa kata rakan rakan di pejabat nanti bila aku masuk kerja ntah. Malas nak fikir reaksi mereka. Hadap jer lah. 

29.1.2015 checkup lagi di HKL. Jumaat sambung cuti. Dan Insyaallah akan masuk pejabat pada 4.2.2015. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm 
:- Amboihhhh panjang benor hmmmm nya? 

Rindu pula pada suasana Mesyuarat Pengurusan Jabatan yang aku kendalikan saban bulan bersama sama unit aku....

Naik opis ni muka dah berbeza...  Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa








No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.