Sunday 25 August 2013

Penangan Musang King

Hari ini gi temankan mama gi Guardian. Mama masih setia drive untuk aku. Kesiannn.. Mama masih tak benarkan aku drive. Time lalu kat tempat orang jual doyan aku cakap nak beli.. Tapi tiba tiba bila mama nak berhentikan kereta aku rasa tak nak la pulak. Bila mama nak balik, aku rasa nak pulak. Dan mama dengan setia berpatah balik. Huuuuu

Ini hasilnya. Orang kata lepas operation dan sakit tulang belakang tak boleh makan durian. Betul ker? Tapi aku dah lama teringin. Dari sebelum bulan puasa dulu. Mama pun tak bleh nak larang dah. Lastly aku terbeli juga. Sebiji Musang King. RM18.00 sekilo. Murah plak. Takut gak tak manis dan mangko. Tawakal jer. Sebiji RM26.00. Memang murah. Dalam hati berdoa agar buahnya manis. Dah la beli sebiji.

Balik, terus buka kat kerusi taman depan umah mama. Rasa seulas. Syukurlahhhh. Manis, lemak dan berkrim. Huuuuuu Alhamdulilah. Setakat petang ni tak rasa lain pulak badan aku. Cuma macam panas sikit badan. Tapi baru dua ulas jer. Huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.