Thursday 8 August 2013

Cerita 1 Syawal lagi... Hari ke 22 selepas pembedahan TLIF

Ramadhan telah meninggalkan kami. Tidak usah bicara tentang sedihnya kehilangan Ramadhan jika tidak melayan Ramadhan dengan sebaiknya ketika Ramadhan berada di sisi... Semoga Allah menemukan aku lagi dengan Ramadhan yang mulia. Dengan orang orang yang aku sayang... Mama, abang, cu dan lain lain. Aminnnnnn..

Syawal ku sambut sederhana. Jadual family kami berubah tahun ini. Tak pernah pernah rendang dan ketupat dimasak malam raya. Tradisinya, buka puasa akhir sebelum raya biasanya ketupat dan rendang dijamu sekali. Aku , mama n cu bertungkus lumus memasak. Tapi kali ini berbeza. Berbeza coz aku sakit. Tak boleh tolong cu macam dulu dulu.

Jadi kami tak masak rendang petang akhir Ramadhan. Cu tak bagi aku tolong dia. Cu yang masak tengah malam raya sorang sorang. Ciannn cu. Pengorbanannya amat besar dalam keluarga kami.

Lagi satu lain dari tradisi, bilangan lauk yang dimasak. Hanya dua jenis sahaja. Kebiasaannya paling kurang tiga jenis. Lebih lagi... Tapi kali ini hanya dua sahaja. Jadilah. Raya ala kadar tetapi meriah. Tatkala mereka semua ahli keluargaku berada di bawah beramai ramai, aku seorang berada di meja makan. Huhuhuhu layanan istimewa. Semua disediakan. Bestttt... Rasa amat dihargai. Syukur aku punya saudara mara yang amat sporting.....

Luka pembedahan
Alhamdulillah. Luka makin sembuh. Walaupun mandi hari ini dan pakai corset sepanjang hari, luka hanya merah dan tidak berair atau berdarah. Syukurlah.... Aku hanya sapukan gel gamat luxor Jenama Gamat Healin yang dah terbukti keberkesanannya. Luka melecet di bahagian badan aku ketika pembedahan dilakukan telah sembuh sebaik aku keluar hospital dan disapukan gel yang mama beli.

Darah beku makin berkurangan dan tinggal parut sahaja. Namun kesan parut tu agak ngeri jugak dilihat. Bergaris. Macam boleh terbelah semula. Uiskhhhh hati hatilah aku. Moga tak berdarah atau dijangkiti kuman. Aminnnnn.

Kaki kiri (foot drop)
Kaki kiri aku masih berita sedih. Masih lemah dan tak berdaya nak angkat. Sedih sangat. Sedangkan harapan aku agar selepas pembedahan kaki kiri aku semakin pulih dan aku boleh berjalan seperti biasa. Mungkin perlu masa lagi? Mudah mudahan. Insyaallah jika tak okay lagi aku akan cuba cara dan alternatif lain. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.