Thursday 25 July 2013

Sehari selepas pembedahan (17.7.2013)

Malam tadi tidurku hanya sekejap. Terjaga jaga dan terbuka buka mata. Tapi syukur.ah. Tiada rasa sakit luka pembedahan...

Jam 5 pagi nurse datang seperti rutin seharian. Check BP. Rendah seperti malam tadi. Semalaman aku dibiarkan berehat tanpa ganguan....

Mama bersiap untuk pulang setelah seharian menunggu aku di luar dewan bedah serta semalaman menemani aku di ward.

Mama pulang jam 8 pagi. Byeee jumpa petang ni...

Tinggal Dewi menemani aku... Dewi penyelamat episod ini... Terima kasih dewi...

Masih tiada rasa sakit. Morphin yang dibekalkan hanya sekali aku picit malam tadi. Untuk mengetahui bagaimana rasanya... Kecik ati plak dia kalau aku tak guna... Hehehe.

Jam 9.00 pagi Miss Azlin dan kumpulannya datang berjumpa aku. 
Dia datang dekat dgn aku hingga aku bisa memegang tangannya dan mengucapkan terima kasih.

"Foot drop" aku mungkin tak dapat disembuhkan lagi... Uratnya membengkak dan sudah terlalu lama tertekan.

"Ada pula tulang yang tumbuh yang menghalang mereka menjalani pembedahan seperti biasa..." Kata Miss Azlin.
Tak tahu dari mana tumbuhnya tulang itu. Subhanallah...

Esok mereka akan buka balutan luka pembedahan dan lihat secara keseluruhannya.
Terima kasih semua... 




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.