Friday 26 July 2013

18.7.2013 hari pertama

Group spine dah berlalu. Sejam kemudian Aku dikunjungi oleh group pakar bius. Mereka check penggunaan mesin morphin yang dibekalkan. Hanya 001. Satu penggunaan sahaja dari semalam. jam 11 malam. Syukurlah. Aku berjaya melawan rasa sakit ini. Syukur ya Allahhhhh.

Seorang sister menunjukkan skala kesakitan lagi padaku. Aku bagi 3 markah. Hehehe.. Dan mereka kata mereka akan tanggalkn mesin itu. Syukurlah...

Tahap kesakitan aku sekarang tiada pada luka pembedahan. Lebih kepada lenguh dan kebas di paha, punggung dan pinggang. Masih tak bangun coz Tiub kencing / Urinary Catheter (UT) masih dipasang. Begitu juga kedua tiub yang mengalirkan darah kotor. Masih bergayut di kiri dan kanan badan aku diikat dikatil. Pergerakan terbatas.

Aku juga hanya minum. Tidak makan lagi memandangkan takut muntah. Lagipin time time sekarang, bagilah makanan paling sedap di dunia... Aku hanya mampu memandang. 

Jam 11 pagi. Nurse datang dan check air kencing dan katanya boleh buka Tiub kencing / Urinary Catheter (UT). Katanya tak elok lama2. Takut jangkitan. Atau jika mahu aku boleh tangguh hingga esok (jumaat). Namun aku ambil keputusan untuk buka hari ini.

Bebas dari satu tiub.. Syukur YaAllah...

Esok perlu pergi x-ray pula...





No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.