Wednesday 24 July 2013

Persediaan...


Perasaan takut boleh dikatakan hanya sedikit berbanding perasaan ingin tahu dan bangga diberi ujian sebegini oleh Allah SWT. Syukur sangat sangat kerana diberi lagi rasa dan pengalamani ini tahun 2013 selepas 2006. Tahap keyakinan diperingkat tertinggi sekarang...

Hanya menerima kunjungan ketua bahagian dan dua orng sahabat dari pejabat ku bertugas. Memang itu kemahuanku. Tiada pelawat untuk ku berehat dengan secukupnya. 

Family...?
Juga aku rahsiakan.. Tidak mahu mengganggu dan menyusahkan mereka di bulan ramadhan yang mulia ini.. Namun dah dikatakan family.. muncul jua. Moga Allah jua yang membalas budi baik mereka. Aminnnnn

Mama?
Keresahan hati itu membuatkan tekanan darahku tidak stabil. Naik mendadak...
Mama mahu menemani aku semalaman sebelum pembedahan. Namun aku halang. Aku tidak mahu sesiapa pun melihat aku ke dewan bedah... Syukur mama memahami. Aku suruh mama datang ke hospital sehari sebelum dan petang aku menjalani pembedahan. 

Tidak perlu tunggu aku dan iring aku... Lagaknya seperti dlm drama pulak. Huhuhu aku tak suka... 

Realitinya aku mahu sendirian...


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.