Friday 26 July 2013

19.8.2013 (Jumaat)

Hari Kedua...

Pagi ini bangun pagi seperti biasa. Hanya baring sahaja. Pagi ni rasa nak cuba g bilik air lah. Tapi tunggu nanti nanti bila dah pagi sikit...

Jam 9.00 aku cuba bangun dri katil. Masih sakit dan peninggggggg.  Dewi ada. Tapi panggil nurse juga. Mereka larang untuk berjalan selagi pakar fisio tak datang. Tpi aku berdegil. Aku nak juga pergi.. Alasan aku tak boleh buang air guna bekas.

Nak tak nak. Sister dan dua lagi jururawat serta dewi pimpin aku turun dengan susah payah. Tiub darah kotor kiri kanan diangkut. Turun katil kerusi roda dan tunggu. Ditolak aku hingga depan pintu tandas. Aku bangun dan berjalan sendiri ke dalam... Syukurrr....

 So hari kedua ini sudah berjalan....

9.30 pagi
Miss Azlin dan teamnya datang lagi. Hari Jumaat yang mulia ni check luka. Tampalan belakang aku dibuka dalam keadaan aku mengiring. So tak nampak Miss Azlin dan yang lain lain. Hanya dengan suara sahaja. Kata mereka luka aku okay. Syukurrrr lagi YaAllah... Kau permudahkan aku mengharunginya...

Petang ni kena pergi x-ray... 


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.