Thursday 25 July 2013

Hari pembedahan TLIF: tujuh tujuh tujuh

17.7.2013

5.00 pagi
Nurse dah mai check BP... Agak tinggi juga. Sama seperti semalam. Jam 7.30 dah kena pergi dewan bedah. 

6.00 pagi
Solat subuh dan berdoa mohon segalanya selamat dan lancar. Aminnn...

7.00 pagi
Nurse mai antar baju putih line merah untuk pakai pergi dewan bedah. Disuruh bersiap2.

7.10 pagi
Aku dah ready dengan baju putih. Cap kaler apa tah. Lupa. Hijau atau biru...

7.45 pagi
Porter datang dengan katil dri bilik bedah. Katil yng berlainan dari katil aku.. Aku diiringi jururawat cantik manis. Maryam Jameelah namanya. Secantik orangnya. Lemah lembut... Bersama sama aku dibawa fail fail serta dokumen perubatan aku. Darah empat pain (dalam kotak beku bertutup biru tua). Selama nurse bersiap2 dokumen aku, katil aku parking depan bilik ward aku. Huuuu time ni rasa best giler. Coz aku tahu pas ni aku akan ditolak ke bilik bedah.

Opsss sebelum ditolak aku kena makan dua biji ubat. Dan sebekas kecil air seperti garam yang membuatkan aku hampir termuntah. (Aku memang tak leh makan ubat yang berunsurkan cecair).
Ubat ini bertujuan menahan muntah serta pening selepas pembedahan. Diiringi hanya sedikit air putih.

8.00 pagi
Aku tiba depn pintu bilik bedah. MO dari bilik bedah menyambut dan melihat dokumen yang aku tandatangan. Sekali lalu dia minta aku sahkan tandatangan aku untuk pembedahan spine. Pemindahan darah. Pembedahan serta bius kalu tak silap aku. Semunya aku sahkan.

Darah satu2 dibuka dan diletakkan atas selimut dihujung kaki aku.

Staff nurse masih setia berada di samping aku.
Pindah katil...

Selepas semuanya selesai aku ditolak masuk ke dalam. Dari situ aku dapat tahu bilik pembedahan aku nombor tujuh (7). Staff nurse ward aku pulng ke ward dan aku sempat melambai padanya.

8.10 pagi
Katil aku ditolak parking di hadapan bilik bedah 10. Segalanya terang dan jelas di hadapan mata aku.. Kelibat2 pakar bius, doktor dan lain lain kakitangan berjalan pantas. 
SeBelah kiri aku seorang wanita india
Sebelah kanan aku pula seorang wanita cina
Kedua duanya tua dan uzur. 
 Aku cuba pejamkan mata tapi rasa ingin tahu masih kuat dan aku masih melihat keliling. Katil2 kami dikerumuni doktor2 bius dan doktor apa tah. Memang ramai. Yang interview aku ada empat lima orang dr. Tanya pasal pernafasan dan lain lain. Dr. Jaya juga ada. Dr. Amiruddin dan dr. Ahmad Nizam yang sempat aku lihat tanda nama mereka. 

8.40 pagi
Aku masih parking dihadapan bilik pembedahan 10. 
Dr. Amiruddin menyuruh aku bangun sebentar dan makan sebiji ubat. Dengan hanya sedikit air.
"Cukup ker air banyak tu?"
Aku mengangguk sahaja. Mula terasa berdebar2.
"Manalah tahu setengah orang tu nak bergelen air."
Dan mereka2 dan aku ketawa jua...

8.45 pagi
Aku mula ditolak ke dewan bedah tujuh (7)
Syukur lagi yaAllah... Aku memang minat angka tujuh.
Hari ini 17.7.2013.
Ward aku ward 7
Dewan bedah aku no 7

Di dewan bedah........ Sambung pas ni ek... Aku nak rehat kejap. Dah agak lama duduk...

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.