Sunday, 29 September 2013

Selamat Pagi si Bunga Matahari...

Sayanggggg bunga ni ketat ketat..... Hehehheheheh


Terbang jua....

Selamat pagi semua... Pagi yang indah dan redup. Tak panas lagi walaupun dah pukul 9 pagi. Selalu matahari dah mencarak panasnya. Malam tadi ribut kuat sekitar umah mama. Kuat sangat anginya hingga pasu pasu mama jatuh, tumbang dan pecah. Selipar Asadi aku juga diterbangkan angin sebelah. Nasib baik tak jauh terbangnya. Huhuhuhu.. Syukur tiada apa apa kemalangan atau atap yang tercabut. Dekat sejam juga ribut malam tadi. Hingga aku dan mama tidur jam 2 pagi dek kerana risaukan ribut.

So pagi yang indah ni aku sempat buat lawatan tepi rumah mama. Lihat pokok pokok. Ternampak biji benih kemboja yang selalu aku cerita baru ni. Dh terbuka dan dah hilang biji benihnya. Hehheheh. Ntah kemana terbangnya. Nasib baik biji benih yang kecik jer. Kalau yang besar agak sayang juga.

Nnti aku update biji benih yang akumsemai tempoh hari? Udah mulai tumbuh. Nanti ya.... Sabarrrrr.... Inimgambar pod benih yang kosong.... Kosong.... Kosong.... Huhuhuhu


Saturday, 28 September 2013

Teman setiaku

Sepanjang lepas pembedahan, tongkat merupakan teman setia aku. Selain dari tongkat, hanger baju menjadi teman setia aku juga. Yang siap sedia berkhidmat untuk mengambil barangan aku yang terjatuh seperti kain, beg plastik, kin baju serta beberapa barangan lain yang mempunyai tangkai. Sejak aku balik ke kl aritu aku terjumpa tempat roller cat rumah aku. Idea yang bagus untuk mengambil pakaian dan menekan plug di bawah.


Sejak aku tidak dibenarkan membongkokkan badan selama 4,5 bulan, apakah daya ku untuk meneruskan kehidupan ini... Kena kreatif untuk terus hidup berdikari. Kalau nak pakai seluar atau skirt, macamana nak tanggalkan dan ambil semula, semuanya perlukan bantuan alatan ini. Atau kurang kurang hanger. Sama juga ketika nak tanggalkan skirt atau seluar. Mcmana nak tanggalkan hingga lepas dari kaki??? Mula mula kekok. Dah dua bulan lebih ni, kaki kanan ni pun dah cekap ambil barang dari lantai. Sekeping kertas pun dia dah pandai pegang. Hehehe... Training punya pasal...

Sampai bila mama perlu bantu aku untuk ambil barang setiap masa?......

Hmmm...jauh di lubuk hati aku, rasa sedih yang tak kunjung padam. Orang lain mungkin menjalani pembedahan tulang belakang dan mempunyai masalah tulang belakang. Tapi mungkin tak ramai yang mempunyai pakej foot drop seperti aku... Apa yang dapat aku katakan sekarang ialah redho jer lah dengan ketentuan Allah SWT. Ujian DariNya untuk aku. Aku akan berikhtiar untuk meneruskan perubatan. Insyaallahhhhh....



Bunga Matahari

Hari ini tiba di rumah mama dari KL. huarghhhhh suda lama tarak balik ini rumah. Huhuhu rindu sama ini rumahhh... Lepas settle barangan, jenguk bunga matahari mama kat belakang rumah dengan bertongkat yang masih tak lekang hingga kini. Wowwwwwweeee besarnyaaaa. Sangat cantik. Apa lagi kebetulan memang dok kelek ipad. Suh mama tangkapkan gambar coz aku tak bleh panjat tembok sayur nie. So mama tolong snapkan gambar. So akrng aku cantumlah. Dari mula mula dia nak kembang hingga sebesar gini. Cantikkkkkk Subhanalllah...


So tengoklah bijinya yang ditengah tengah tueee... Huhuhuhu nanti boleh keringkan bila dia dah tua dan boleh beri pada kawan kawan yang lain pula. Sebarkan kebaikan bunga matahari. Huhuhuu...

Pokok ni mama tanam asalnya dari biji benih yang diberi oleh makcik aku di kampung. Lepas tu mama semaikan di tanah. Pastu jaga baik baik. Cukup airnya, dan dia akan berbunga dalam tempoh tiga bulan tak salah aku. Senang jerrrr. Hasil berbudi pada tanah.

Sekarang si domok kunin ni dah ada kawan. Tadaaaaaaaaaaaa....


Dah ada dua kuntum. Hehehehe sangat suka hatiiiii..... Syukur Alhamdulilahhh....





Thursday, 26 September 2013

Perhiasan dari manik...

Cuci mata sikit... Cantik kan??? Barang barang perhiasan wanita dari manik....







Hmmmmmm cantik sangat....





Roti salut telur

Selamat pagi buat semua pembaca....

Entri aku kali ni untuk adik adik yang nak makan roti dengan telur dengan mudah dan cepat. Bahan bahannya mudah. Telur, roti, bawang dan cili (jika mahu), minyak sedikit, cili sos.

Caranya, pecahkan dua biji telur
Kacau telur hingga hancur
Rendam atau lumurkan roti ke dalam telur
Jika mahu boleh tambah bawang atau sedikit cili yang dihiris
Basahkan kuali dengan sedikit minyak dan goreng hingga telur garing dan keperangan seperti gambar di bawah
Kalau guna kuali yang tak melekat macam tefal tu tak payah letak minyak langsung. Terus letak atas kuali tu jer. Lagi menyihatkan.

Cicah sos cili lagi sedappppp

Tadaaaaa siap. Mudah dan pantas kan adik.. Adik.... (",)



Yang ni aku gunakan dua keping roti Gardenia dan dua biji telur. Memang tebal telurnya. Maknanya sebiji telur untuk sekeping roti. Maveles... Huhuhuhu 

Pembedahan tulang belakang

Ketika aku kat ward aritu, ramai yang tak tahu pesakit yang menjalani pembedahan tulang belakang boleh berbaring menelentang dan bukannya meniarap seperti ketika pembedahan dijalankan.

Time derang melawat aku tu baru derang tahu, derang ingatkan kena meniarap bila tiba kat ward. Dan bagi pesakit plak, macam aku aritu rasa lenguh dan sakit jer. Tak da ler teruk sangat rasanya bila telentang. Cuma nak gerak nak bangun tak boleh lagi la keesokan harinya...

Gambar kat bawah versi perempuan. Sama lah dengan version yang aku dah tunjuk aritu. Cengginilah rupanya...


Gambar sumber Google imej


Youtube TLIF SURGERY

Penat mengemas sejak enam hari yang lalu. Hari ini aku ambil masa terlentang atas katil dan habiskan masa lihat youtube. Selain dari program Twin of Faith Malaysia 2012 aku beranikan diri melihat video video pembedahan yang melibatkan tulang belakang. Tak bernafas aku bila membayangkan aku juga begitu pada hari itu. Subhanallah, Masyaallah. Ngeri betul. Kalau diri aku divideokan, mungkin aku tak sanggup tengok. Sakitnyaaaaaa... Dihiris, dikoyakkan daging, ditebuk, digerudi, dikorek daging2, disedut darah, ditukul, diskru, diregangkan...Masyaallahhhh... Ngerisssssssssssssssssssss

Dan yang paling mengkagumkan aku bagaimana handalnya pakar bedah itu melihat dan membuat kerja tangannya. Mak oiiii dengan darah, dengan otot, camner derang leh tentukan yang ini disc, yang ini tulang aku, yang ini saraf... Mana saraf tunjang yang tak boleh usik, mana saraf yang dah bengkak, Masyaallah.... Kalau tengok video tu, tak sama dengan gambaran yang selalu ada di google imej, tulang yang bersih putih dan senang senang jer nak letak skru. Dalam video live, merah, kehitaman daging, urat dan darah bercampur campur. Eiiiiiiiiiirkhhhhhhhhhhh....


Tulah... Itulah kehebatan pakar pakar bedah dan para doktor kita. Yang Allah beri otak dan keistimewaannya hingga mereka berjaya menjadi doktor. Hmmmmmmm... Kagum dan ngeri masih bertapak di hati aku. Walaupun takut tak bernafas, video masih aku tonton. Cukuplah untuk mengetahui bagaimana badan aku melaluinya. Saat mereka hiris daging berlemak banyak aku nie.... Huwaaaaaaaaaaa.... Subhanallah yang menciptakan otak manusia hingga menjadi pelbagai pakar di dunia ini.

 

Cantik jer kannnnn kannn kannnn?????

Cuba tengok sikit yang ini.....?????


Aduhhhhhhhh.......

Dan yang ini ada 8 skru... Samakah dengan diriku? 


Baru aku tahu. Agak besar juga skru yang tertanam dalam tulang belakang aku ni. Ingat kecik jer. Bila tengok gambar dan video baru dapat agak besarnya.

Okay... Nak stop dah... Pening rasanya... Mabuk darah....






Sunday, 22 September 2013

Masak memasak....

Salam hari minggu buat semua pembaca blog....

Malam sudah melabuhkan tirainya. Aku hanya berbaring melayari internet dan facebook. Tapi sejak mama tinggalkan aku rabu lepas tak sekali pun aku tidur di waktu petang. Ada saja kerja yang nak dibuat. Kalau ada mama, tiap petang mesti nak tidur jer. Huuuu atau nak manja2 ngan mama. Ni mama tak da. Terbang jauhhhhhhhhhh dari aku. Dan dari bumi Malaysia. Hurmmmmmm sedih. Tapi aku yang ambil keputusan tak nak ikut. Aku tak larat nak berjalan. Kalu sebelum ini maunya aku tak nak ikut. 

Okaylah. Nak cerita pasal masak. Sejak mama tinggalkan aku, langsung tak kuar rumah. Udah empat hari penuh aku tak keluar rumah. Semua barang dah lengkap mama belikan sepanjang dia tak da. Duit pun ditinggalkan untuk tujuan kecemasan. Cuma aku tak kuat lagi nak keluar sorang-sorang. Biarlah dulu. Tiada keperluan pun yang penting nak aku kuar rumah. Baik kemas rumah, basuh baju, masak, tengok tv, main game candy crush, kemas dokumen yang berlambak, sisih, asing dan kemas baju baju lama dan lain lain tugas.

Semalam teringin bubur caca. Kebetulan stok ada. Terus buat. Cara caranya bagi yang tak tahu ialah:

Bubur Caca
Rebus terlebih dahulu tepung caca yang bewarna warni tu sampai kembang denganndaun pandan
Toskan airnya
Masukkan santan
Sedikit garam
Gula secukup rasa
Gula merah sedikir jika suka untuk warna yang kecoklatan
Masak hingga mendidih santan, kacau kacau sedikit
Siap... Tak perlu lama kerana tepung caca tu dah lembut dan kembang direbus terlebih dahulu
Pisang yang macam kapal tu sira pisang nangka yang aku buat sehari sebelum. Ada dalam peti sejuk. Oleh kerana ada kuah bubur caca ni, aku amik sepotong sira pisang dan makan dengan bubur caca ni. Ermmmmm dap. Hehhehehe... 

Hari ni pula aku tak nak makan nasi kononnya. Tapi teringin nak makan ikan. Korek peti ais ada jumpa cik gelama. Siang, basuh, goreng dan masak kicap. Simple sahaja.

Gelama Masak Kicap
Ikan gelama yang telah disiang dan dibasuh digoreng jangan garing
Ketepikan ikan dulu
Tumis bawang putih dua ulas, bawng besar satu labu, yang dihiris
Masukkan cili besar yang dihiris juga
Setelah bahan tumisan layu, masukkan air masak, biarkan seketika
Masukkan ikan bila kuah sedikit pekat
Garam secukup rasa
Kicap cair
Dan siap.. Senang kan?


Menjelang maghrib pula, melayari blog masakan yang aku minat. Ternampak pisang goreng. Itupun dah buat air liur aku kecur. Teringinnya. Kebetulan ada pisang nangka lebihan buat sira pisang aritu. Memang niat nak goreng. Tunggu masa jer. Itupun hanya sebiji. Cukuplah untuk aku seorang. Pisang nangka ni besar buahnya. Diberi oleh jiran sebelah rumah mama. Jadi dua biji aku buat sira pisang. Tinggal sebiji diatas para. Habuan untuk aku goreng.

Teringat dulu aku memang tak reti nak goreng pisang. Tak reti nak buat sadurnya yang rangup tu. mama ajar cara paling senang. Sejak itu, aku paling rajin bawa pisang goreng ke pejabat. Kerap sangat. Terutama jika ada bekalan pisang tanduk.

Sadur pisang goreng
Sesenduk tepung gandum
Sesenduk teping beras
Sesenduk tepung goreng pisang 
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Ratio ni ikut suka. Kalau banyak ikutlah sesenduk, secawan, sesudu tapi itulah rationya. Tiga tepung dicampur bersama.

Bancuh dan sadur pisang dan gorenglah hingga perang. Yummyyyy.....







Wednesday, 18 September 2013

Rumah oh rumah...

Status dalam facebook rakan di pejabat membuatkan aku ingin menulis tentang rumah kediaman. Rumah ini aku beli ketika umur aku 31 tahun pada tahun 2009. Dua tahun selepas arwah abah meninggalkan kami bertiga. Aku mengambil masa kira2 setahun bagi menentukan kedudukan kawasan rumah serta jenis rumah. Harga pada fikiran aku ketika itu bukan satu pokok persoalan utama. Asalkan mempunyai rumah sendiri dan tidak perlu menyewa sudah memadai bagi aku. 

Bagi wanita bujang seperti aku, yang penting dekat untuk berulang alik ke tempat kerja. Aku inginkan rumah teres. Pada masa itu aku aim perumahan baru di Desa Coalfield area sungai buluh tu. memang cantik dan harganya pun rendah lagi. Bawah RM200k. Ataupun Saujana Utama, juga area sungai buluh. Kerana aku minat kawasan situ dan bukannya area bangi, kajang ataupun cheras yang sedia sesak. Namun bila difikir fikirkan jauh dari tempat kerja. Bujang pulak tu, akhirnya kawasan itu aku lupakan. Aku mula melihat lihat apartment atau rumah pangsa yang berhampiran tempat kerja aku.

Pilih punya pilih. Selak punya selak iklan. Akhirnya aku terlihat iklan di Mudah.my. Allah dah buka pintu hati aku agaknya buka laman web itu dan akhirnya terlihat satu iklan menjual pangsapuri di Bandar Baru Sentul dengan harga RM185k. Cukup murah bagi aku pada masa itu. Dengan kawasan segitiga emas. Dekat dengan Bulatan Pahang, LRT Sentul Timur, Komuter Sentul, Pasar Awam serta kejiranan yang agak okay bagi aku. 



Dipendekkan cerita, akhirnya aku bawa mama lihat rumah ini dan berjumpa dengan tuan rumah. Alhamdulillah. Tuan rumah aku amat baik dan harga rumah dikurangkan sedikit menjadi RM180k sahaja. Sekali lihat, aku dan mama terus berkenan. Rumah ini di aras 7. Kebetulan memang angka kegemaran aku. Menghadap ke gunung ganang area gombak dan tidak akan ada bangunan pencakar langit lain yang akan dibina memandangkan rumah ini agak berhampiran dengan highway DUKE, dan perumahan flat DBKL. Syukurlah. Parking juga dekat dengan lif. Satu jer yang agak ralat. Rumah aku ini tiada balkoni. Itu jer kelemahan dan buat hati aku tak berapa suka. Namun, mungkin dah jodoh, akhirnya kumiliki jua rumah ini... Syukur Alhamdulillah. Sekarang tahun 2013 nilai rumah aku telah mencecah RM350k.

   Tingkap bilik aku memiliki pemandangan ini...

Sejukkkkk mata memandang...



Sunday, 8 September 2013

Benih kemboja

Salam 9 September 2013
Semoga semua pembaca blog semua... Hari ini seperti yang pernah aku sebut aritu, aku nak update pasal biji benih pokok bunga kemboja kacuk. Pokok ini di taman taman orang lain kadangkala tidak mengeluarkan buah. Tapi pokok mama asyik berbuah sahaja. Rasi dengan tangan mama agaknya. Semalam aku lihat buahnya ini telah merekah matang. Ini bermakna kalau tak diambil, biji benihnya akan dibawa terbang oleh bulu bulu halusnya...

Kemudian biji perlu diasingkan dari bulu yang terletak di kedua belah biji benih seperti gambar di atas. Lepas tu dah boleh disemai di dalam bekas agak besar beramai ramai. Huhuu dah agak besar anak benihnni barulah dialih ke pasu yang lebih besar satu pokok satu pokok bagi satu pasu. Barulah dapat banyak pokoknya... Biakkan sendiri.. Jimat lagi mudah.


Wednesday, 4 September 2013

Info lagi...

Dipetik dari: cyberclinic.org 

Soalan

Salam semua..Di sini saya ingin bertanya masalah penyakit saya yang membuatkan saya buntu..saya mengalami masalah sakit kaki rasa seperti kebas,menyucuk-nyucuk dan sampai tahap susah nak berjalan..untuk pengetahuan doktor semua bahagian pinggang saya juga sering sakit..tidak boleh angkat atau buat kerja berat-berat.....saya dah pernah berjumpa doktor di GH but doktor's answer was very dissapointing.. ambil x-ray tapi doktor kata tiada apa-apa masalah..untuk pengetahuan doktor juga, sudah lebih setahun saya mengalami masalah ini..Hope can advice what the best solution for this..

your kind advice and co-operation is much appreciated.

Regards,
Asura

Jawapan

Terima kasih atas soalan saudara/saudari. Masalah sakit pinggang atau sakit belakang yang disertai kaki kebas menyucuk-nyucuk selalu terjadi sebenarnya dalam masyarakat kita. Antara salah satu sebab yang menyumbang kepada berlakunya gejala ini adalah penyakit lumbar spinal stenosis.

Apabila kita semakin tua, tulang belakang kita yang mengandungi saraf tunjang semakin sempit. Atas dasar ini lah keadaan ini dinamakan spinal stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang tersebut yang terletak di bahagian pinggang.

 

Anatomi

Memahami tulang belakang dan mengetahui bagaimana ia berfungsi membantu anda memahami penyakit anda.

Tulang belakang adalah tulang kecil yang dinamakan vertebra, disusun secara menegak (vertical) bertindih atas vertebra yang lain. Otot, ligamen, saraf, dan intervertebral disks adalah bahagian tambahan yang membentuk tulang belakang.

Vertebrae

Tulang-tulang ini berhubung antara satu sama lain untuk membuat satu saluran (atau lorong) di mana saraf tunjang ditempatkan. Vertebra dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu 1.cervical (leher) 2. Thoracic (di bahagian dada) 3. Lumbar (pinggang) 4. Sacrum 5. Coccyx (sacrum dan coccyx bercantum dan terletak di bahagian punggung).

Bahagian lumbar yang sering menjadi punca sakit belakang. Spinal cord=saraf tunjang

Saraf tunjang

Saraf tunjang adalah saraf seolah-olah kabel electrik. Ia membawa maklumat daripada atas (otak) ke otot-otot seluruh badan. Saraf tunjang terletak di dalam saluran yang berada di dalam vertebra. Saraf-saraf kecil keluar daripada saraf tunjang melalui beberapa lubang kecil yang terdapat pada tulang vertebra.

Otot dan Ligamen

Struktur ini penting bagi memberikan kestabilan dan pergerakan pada  tulang belakang anda. Ligamen adalah struktur yang menghubungkan tulang ke tulang maka sangat penting untuk memastikan tulang belakang (vertebra) pada kedudukannya.

Facet Joints

Sendi kecil ini terletak antara vertebra yang membantu pergerakan tulang belakang. Facet joint sangat dekat dengan saraf.

Intervertebral Disks

Intervertebral disks terletak antara vertebra.

Keratan rentas tulang belakang. Spinal cord=saraf tunjang yang terletak dalam saluran (spinal canal) di dalam vertebra. Nucleus Pulposus dan Annulus Fibrosus adalah struktur yangmembentuk intervetbral disks.

Apabila anda berjalan atau berlari,  intervertabral discks bertindak sebagai penyerap hentakan dan mengelak vertebra daripada berlaga antara satu sama lain.  Ia bertindak bersama facet joint membantu tulang belakang bergerat, berputar atau  membongkok.

Itervertebral disks adalah rata, berbentuk bulat (keratin rentas) dan setebal setengah inci setiap satu. Ia terdiri daripada 2 komponen utama iaitu :

Annulus fibrosus. Struktur yang kuat, fleksibel ini adalah struktur luar  “outer ring”.

Nucleus pulposus. Struktur lembut sepert jelly ini adalah struktur di bahagian dalam annulus fibrosus. Struktur inilah yang mempunyai keupayaan untuk menyerap hentakan.

Penerangan

Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki.

Apabila kita berumur, tulang belakang menjadi keras dan mungkin bertambah dari segi jisim. Hal ini menyebabkan saluran (spinal canal) di dalam vertebra semakin sempit. Apabila kesempitan ini berlaku di bahagian pinggang, ia dipanggil lumbar spinal stenosis.

Degenerasi vertebra berlaku pada 95%populasi apabila menjelang umur 50 tahun. Selalunya spinal stenosis terjadi pada golongan dewasa yang lebih 60 tahun , lelaki dan perempuan tiada beza dari segi insiden tetapi perempuan lebih menunjukkan symptom yang memerlukan rawatan.

Sebilangan kecil daripada populasi memang lahir dengan masalah tulang belakang yang mengakibatkan lumbar spinal stenosis.  Penyakit ini dinamakan Congenital Spinal Stenosis, berlaku lebih banyak pada kaum lelaki. Simptom selalunya terzahir pada umur di antara 30 ke 50 tahun.

Sebab

Arthritis adalah sebab utama spinal stenosis.  Arthritis adalah degenerasi (penuaan) mana-mana sendi badan.

Dalam tulang belakang (vertebra),arthritis berlaku apabila intervertebral disks degenerasi dan hilang kandungan air. Di usia kanak-kanak dan remaja, intervertebral disks mengandungi kandungan air yang tinggi. Apabila tue, disks ini semakin kering dan semakin lemah. Hal ini menyebabkan tebal intervertebral disks semakin berkurangan dan fungsinya terganggu.

 

2 mudarat utama yang akan berlaku. Pertama berat badan yang sebelum ini ditampung oleh intervertebral disks telah berpindah ke face joints di belakang saraf tunjang. Kedua, lubang di mana cabang-cabang saraf keluar akan menjadi kecil dan sempit.

Tekanan pada facet joint seterusnya mengakibatkan arthritis belaku. Cartilage (tulang rawan) yang menyaluti facet joint terhakis dan menyebabkan tulang-tulang vertebra berlaga antara satu sama lain tanpa ada pelincir (cartilage). Badan kita ingin melindungi tulang-tulang ini daripada terus rosak akibat lagaan tadi dengan pertumbuhan tulang baru pada facet joint yang menyokong tulang vertebra. Semakin lama, tulang baru yang dinamakan spur ini menyempitkan lubang keluar cabang-cabang saraf daripada tulang vertebra.

Selain itu, ligament juga bertambah dari segi saiz sebagai response kepada arthritis tersebut. Hal ini lebih menyempitkan lubang keluar saraf tadi. Apabila sudah cukup sempit, saraf akan terhimpit dan symptom sakit terzahir.

Symptoms

Sakit Belakang. Kadar kesakitan bergantung kepada kadar arthritis yang telah berlaku. Semakin teruk arthritis individu, semakin kuat sakit yang dihidap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sakit punggung atau kaki. (sciatica). Apabila sesuatu cabang saraf terhimpit, kesakitan akan dirasai pada kawasan badan dimana cabang itu pergi. Sakit ini digambarkan seperti pedih yang amat sangat atau seperti terkena genjatan elektrik. Selalunya bermula di punggung dan merebak ke kaki. Sakit ini dinamakan sciatica.

Kebas atau rasa semut-semut pada punggung dan kaki. Tak semua menghidapi sakit, kebas-atau semut-semut pada kaki.

Kaki lemah atau foot drop. Mungkin satu kaki atau kedua-dua belah kaki.

Sakit berkurang apabila tunduk ke depan atau duduk. Kajian menunjukkan apabila kita tunduk ke hadapan, ruang untuk saraf bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami. Pesakit didapat lega apabila tunduk ke depan lebih-lebih lagi dalam keadaan duduk. Sakit akan bertambah apabila berdiri tegak dan berjalan.

Pemeriksaan doktor

Medical History and Physical Examination

Apabila symptom telah diceritakan, doctor akan memeriksa belakang anda dan memicit untuk memastikan kawasan yang sakit. Doctor akan meminta anda untuk tunduk ke depan, ke belakang, ke sisi untuk melihat had pergerakan dan kesakitan.

Imaging Tests

X-rays. Tidak muktamad. Doktor mungkin akan mengesan kesan penuaan pada tulang seperti kurang tebal intervertebral disks atau pun tulang baru (bone spur). X-ray yang diambil semasa anda tunduk ke depan dank e belakang membolehkan doctor melihat ketidakstabilan sendi tulang belakang. Pergerakan di luar had normal boleh dilihat. Hal ini dinamakan spondylolisthesis. Doktor yang kurang pengalaman tidak dapat mengesan sebarang perubahan awal di dalam x-ray.

Magnetic resonance imaging (MRI). Muktamad. Boleh diagnosis secara jelas

Additional tests. Computed tomography (CT) scans  muktamad seperti MRI.

Rawatan

Rawatan tanpa Pembedahan

Tujuannya hanya untuk mengurangkan sakit dan membolehkan kaki berfungsi sepenuhnya tanpa pembaikan pada saluran saraf tunjang yang telah sempit.

Rawatan Fisiotherapy. Contohnya stretching exercise, massage  lumbar dan abdominal strengthening .

Lumbar traction. Tiada bukti tentang keberkesanannya. Secara peribadi, saya tidak sarankan.

Ubat tahan Sakit Seperti panadol, ibuprofen, voltaren, eterocoxib. Pastikan dapat nasihat daripada doctor anda sebelu menggunakan ubat-ubatan ini.

Suntikan steroids (Cortisone). Cortisone adalah ubat yang kuat dalam mengurangkan radang. Suntikan ini diberikan di sekeliling saraf atau di “epidural space” yang mengurangkan bengkak dan kesakitan. Tidak digalakkan menerima suntikan ini lebih daripada 3 kali dalam setahun. Suntikan ini mengurangkan sakit dan kebas tetapi tidak mengembalikan kekuatan pada kaki yang lemah .

Acupuncture. Mengurangkan sakit, tetapi untuk jangka masa panjang tiada bukti yang sahih tentang keberkesanannya.

Chiropractic manipulation. Sila rujuk orang yang berpengalaman. Penulis tidak berpengalaman dalam mengamalkan chiropractic manipulation.

Rawatan Pembedahan

Selalunya mereka yang mengambil rawatan ini apabila rawatan tanpa pembedahan telah dicuba ataupun kaki yang lemah dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pilihan yang ada 1. Laminectomy da 2.spinal fusion

Laminectomy.

Prosedur ini meliputi pembuangan tulang, tulang baru (bone spur) dan ligament yang menghimpit saraf. Prosedur ini juga dinamakan “Decompression”..

(Left) Untuk melihat vertebra, otot ditarik ke sisi. (Right) Selepas laminectomy, bone graft material dan screw diletakkan di sisi vertebra untuk mempercepat menyembuhan.

Spinal fusion. 2 atau lebih tulang vertebra dicantumkan secara kekal.  Bone graft daripada tulang pinggul digunakan untuk mencantumkan vertebra ini.

Fusion ini mengurangkan pergerakan antara vertebra lantas mengurangkan kadar kegagalan selepas pembedahan.  Doktor bedah akan menggunakan rod dan screwFusion eliminates motion between vertebrae and prevents the slippage from worsening after surgery. The surgeon may also use rods and screws to hold the spine in plac untuk memegang tulang belakang supayabercantum dengan sempurna.

Rehabilitasi. Selepas pembedahan, selalunya ditahan wad untuk 2-3 hari untuk memastikan tahap kesihatan pesakit stabil dan physiotherapy atau pemulihan cara kerja dapat diajar kepada pesakit.

Kami juga akan memakaikan brace atau korset untuk mempercepat pemulihan.  Pesakit juga digalakkan cuba berjalan.

Risiko . Rendah, sama seperti apa-apa pembedahan e.g. pendarah, jangkitan, darah beku, reaksi terhadap ubat bius. Risiko sangat rendah.

Mereka yang berisiko tinggi adalah orang tua, lebih berat badan, kencing manis, perokok ataupun pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain.

Komplikasi yang spesifik untuk pembedahan ini:

-koyak pada dura yang menyaluti saraf
-tulang gagal bercantum
-screw dan rod gagal menyokong
-kecederaan pada saraf
-gagal mengurangkan symptom
-simptom kembali

Keputusan Pembedahan:

Cemerlang untuk 80% pesakit. Hidup kembali normal.

Pembedahan Baru:

  1. Interspinous process device
  1. Minimally invasive Decompression

Perubatan Tradisional Haji Pie, Kampung Tebuk Pulai

Hari ini mama bawa aku mencuba rawatan alternatif yang diberitahu oleh anak pemilik kedai makan di area pekan Sungai Besar. Dia nampak aku pakai tongkat masa makan di gerainya aritu. Time mama beli bungkus di situ, dia bagi mama nombor telefon haji Pie ni untuk aku cuba berubat di situ. Rumah haji Pie di Batu 2, Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Semalam aku dah call Haji Pie tu. dia menjalankan perubatan dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Setelah tiga kali berhenti di rumah orang, bertanya jalan, akhirnya kami berjaya berjumpa dengan Haji Pie. Setelah bersembang lebih kurang, beliau memulakan rawatan. Rawatan dijalankan di bawah rumah beliau sahaja. Di tempat yang terbuka sahaja. Semua orang boleh lihat rawatan dijalankan.

Dipendekkan cerita, kesimpulan yang dinyatakan amat menyedihkan aku. Foot drop aku tak dapat disembuhkan lagi. BeIiau kata ianya memang tak dapat beliau ubati. Hmmmmmmmm tak perlah. Mungkin bukan rezeki aku dengan beliau...

Ya Allah, aku akan tetap berusaha untuk menyembuhkan penyakitku ini. Berikan aku kekuatan untuk terus berusaha. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih dan Pengampun. Aminnn ya Rabbal Alamin...


Tuesday, 3 September 2013

Janji semalam...

Salam Syawal buat semua pembaca blog ini. Semalam aku janii kalau rajin aku nak gi carik daun n pokok timun kepunyaan tikus yang dah terpotong tu. jumpa lah. Tapi bukan yang dah terpotong. Tapi pokok baru. Huhuhu dekat dekat pokok lama yang terpotong tu. ianya menjalar pula kat pokok bungq matahari mama. Mama suh aku potong dan fotokan sebelum dibuang. Sayang dia kat pokok bunga matahari dia itu. Inilah dia tuan puan dan nyonya... Huhuhu


Suhaimi Mesin Rumput & Timun Tikus

Tajuknya tiada kaitan. Tapi entry yang nak aku ceritakan ini ada kaitan. Uncle Suhaimi mesin rumput di rumah mama tiap dua atau satu kali bagi tempoh dua bulan. Sambil itu dia juga mengambil upah meracun keliling rumah mama, trim pokok pokok bunga kertas dan pelbagai kerja taman dilakukan demi mendapatkan upah.

Setelah kepulangan dia, mama jalan jalan keliling rumah dan terjumpa dengan buah ini. Pokoknya telah diputuskan oleh uncle tu. tinggal seranglai pokok dan ada buahnya. Buah timun tikus namanya... Oleh kerana saiznya yang kecil agaknya itu sebab diberi nama timun tikus kot. Atau pun hanya tikus yang makan buah ini????

Setahu kami buah timun tikus berbentuk timun biasa. Memanjang tapi yang ini bulat bentuknya. Heheheh cukup comel... Geram tul aku tengok. Rugi kalau tak kongsikan di sini.

Gambar daun nya aku tak ambil coz buah ini mama yang jumpa. Tgk lah kalau rajin esok aku cari gambar daunnya yang dah kena potong. Tak janji ya. Huhuhu daaaaaaaa...


Monday, 2 September 2013

Rumah Damai Ini

Hari ini sudah Syawal ke 26...
Semalam kami bertiga (abang, mama dan aku) telah pulang ke sini. Pagi pagi ini hati ini terasa lain. Terasa ingin kembali lagi ke rumah damai ini... Hati bagai ditarik tarik. Mama juga begitu. Hmmmm... Sedih, sunyi, nak bersembang dan bersua lagi dengan cu meronta ronta. Akhirnya kami berdua balik lagi. Huhuhuhu...

Mama drive lagi ke sini..

Selamat sampai dan melantak sampai kenyang. Huhuhuhu
Kami pulang ke rumah setelah hantar si kenit tu g sekolah agama belah petang jam 2.20 petang. Sayu hati ini meninggalkan kampung. Ingat nak singgah pusara arwah abah, opah, atuk dan lain lain tapi matahari terik membatalkan hasrat aku dan mama...

Al Fatihah...

Jiwa melankolik

Hari ini jiwa aku ada sedikit melankolik. Jiwa kacau dan rasa sedih bertandang. Mula tak keruan dan rasa nak pergi satu tempat yang ada laut, pantai dan tempat yang mendamaikan jiwa. Hari ni lah punya mood. Esok mungkin mood ini akan berubah. Kesihatan aku seperti itu lah. Foot drop masih ada. Mama masih tak benarkan aku drive. Masih tak merasa nak ke sana ke mari dengan bebas seperti dahulu.

Sakit belakang masih ada. Masih menghuni. Tiap kali batuk n bersin masih mengundang jeritan. Hurmmm.. Moga Allah kembalikan semula kesihatan aku lebih baik dari hari semalam. Masih aku mencari2 rawatan alternatif untuk aku cuba. Mana tahu, foot drop kaki aku berjaya disembuhkan. Siapa pun takmboleh menyangkal. Jika ada usaha dan yakin, Insyaallah ianya bukan mustahil walaupun dr. Dah kata melalui pembedahan aritu pun ianya tidak mungkin dapat dipulihkan.

Tapi aku tak akan berputus asa. Insyaallah akan ada jalan buatku nanti. Tapi andainya itu suratan yang tertulis, juga aku pasrah. Tahulah aku mengatur hidup ini. Juga sepertimana janji aku pada diri sendiri, andainya aku lumpuh seklipun, aku tak akan patah semangat. Hidup ini perlu aku teruskan walau dengan apa cara sekali pun. Walau dengan apandaya sekalipun. Allah dah berikan aku segala yang terbaik selama ini. Apalah sangat dengan ujian yang diberikan ini. Syukur Alhamdulillah.... Sob... Sob... Sob... Aku akan terus berusaha....