Wednesday 1 January 2014

Tahun Baru 2014

Hari ini dah masuk tahun 2014. Tiada apa yang istimewa hari ni. Tapi amat menggembirakan aku. Ikatan kekeluargaan semakin kukuh dengan keluarga besar kami. Amat menggembirakan aku.

Dan ini juga amat menggembirakan aku... Tumbuhan tanaman yang ditanam semakin membesar. Syukurlah...

Telah berbunga di 1 Januari 2014... Tadaaaaaaa... Sepokok jer yang kuar bunga. Yang lain belum nampak lagi. Semoga berbunga dan berbuah banyak banyak tauuuu... Nanti aku dah tak dapat belai kalian lagi. Sedihnyaaa... :-(

Encik dan puan mon aku pun telah berbunga. Tapi belum nampak putiknya. Mana dia yer? Huhuhu macam tak sabar nak tunggu putik timun aku muncul...

Si terung agak lambat pembesarannya. Tapi syukur tak mati. Dua pokok jer yang aku didik untuk membesar di tempat yang sama aku semai biji nya. Tak mau banyak banyak. Nanti tak membesar elok.

Sekarang ni cepat benar panas teriknya matahari di waktu pagi. Tak sempat buat apa pun. Hanya sempat jirus pokok keliling dan akhirnya jam 8.00am sudah panas. 
Petangnya pula jam 6.00pm masih agak panas. Tapi aku perlu kuar jugak. Jam 7.15pm dah gelap dan aku perlu masuk.

Hanya itu sahaja masa yang aku ada untuk melawat kebun dan tanaman dan bunga bunga mama...

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.