Thursday 9 January 2014

Klinik Ortopedik HKL

Rindu sama ini blogggg

Hari ini 9.1.2014 checkup kali keempat aku di klinik ortopedik HKL.
Tiada yang istimewa.
Cumanya orang terlalu ramai.
Seperti biasa mama setia menemani aku. 
Ini yang terakhir sebelum aku mula kan rutin bekerja.

Seperti biasa.. Ke bahagian x-ray. Xray seperti biasa dan kali ini pesakit akan diminta menunggu sebentar dalam bilik persalinan sementara menunggu imej xray dipastikan terng dan sahih.
Baguslah. Kalau tak akan jadi macam aku dulu. Dah siap xray terus disuruh tunggu di luar. Dah siap salin baju semua dipanggil semula kerana xray tak terang atau imej tak tepat. Terpaksalah berdengkot2 masuk lagi ke bilik xray dan di xray sekali lagi.
So dah ada penambahbaikan nampaknya kali ini. Syukurlah...

Pas tu ke klinik ortopedik...
Tak tahu kenapa kali ini luar biasa ramainya manusia di hkl. Tak macam khamis2 yang terdahulu..

Kesian mama.. Masih setia menemani aku setiap kali aku checkup. Begitulah kasih seorang ibu. Dibawa mati....

Dan akhirnya di bilik no 23 penantian ini berakhir....

Alhamdulillah, aku dah boleh bongkokkan badan. Depan doktor aku diminta bongkokkan badan perlahan lahan hingga tangan mencecah kaki. Ehhhhh menakjubkan. Heheheh boleh laaa.. Ingat dah kaku keras atau berderup bunyi tulang. Syukur Alhamdulillah....

Selain dari itu hanya pertanyaan biasa dan rutin. Dan Insyaallah aku akan memulakan kehidupan seperti biasa bermula 15.1.2014. Rutin kerja seperti biasa.... Aku tak payah pergi ke medical board bagai kerana tak sembuh. Insyaallah aku boleh jalankan kerja semampu yang mungkin.

Diberikan surat kerja ringan hingga 3.7.2014.
Kena tarik nafas panjanggggggg panjanggggggg
Perlu bersedia mental dan fizikal untuk kembali ke pejabat
Ohhhhhh kuatkan semangat bulatkan tekad
Moga dipermudahkan Alllah SWT segala urusan
Masih menanti jua permohonan yang tak kunjung nampak jawapannya
Tinggallah rutin enam bulan di rumah mama
Tinggallah mama kepada asalnya bersendirian... Part ni paling sedih giler...
Enam bulan wooo.. Walaupun aku tak berupaya tolong banyak namun kehadiran aku cukup memberikan mama semangat.. Enam bulan satu jangka masa yang lama..
Syukurlah....

Hmmmmm... Tinggal dulu ya... Nanti entri cerita lain pula...

5 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah dah boleh kembali perlahan-lahan dengan rutin biasa.

    ReplyDelete
  2. Tq dianaaaa.. Yezza.. Huhuhu berdebar debar mcm budak masuk darjah satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saudari,
      Mcm mana dgn spine saudari?
      Sudah diubati ke?

      Saya juga pernah melalui kesakitan slipped disc ni dan dah operate pada Aril 2011.
      Sekarang saya consume supplement untuk joints and bones.
      Alhamdulillah, dah 2x mengandung tanpa masalah :)

      Supplement yg saya amalkan ialah
      Shaklee OsteMatrix, Advance Joints Health Tablets dan Omega Guard.
      Juga tambahan Vivix untuk diminum (liquid solution)

      Jika saudari nak mencuba, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 017-3490890. Saya tak jual, tapi akan tolong belikan dan poskan kepada saudari.

      Semoga saudari sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

      Delete
    2. waalaikumusalam Adila... terima kasih banyak atas perhatian dan info yang diberikan . . amat berterima kasih
      sekarang seedang cuba nak atasi masalah foot drop...
      Insyaallah nanti saya akan cuba try shaklee produk yang adila suggest kan tu...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.