Wednesday 15 January 2014

Hari Pertama di pejabat

Syukurlah.. Hari ini aku mula bekerja. Kekecohan bermula di depan mesin punch card. Hajat untuk punch senyap senyap dan naik ke tingkat 15 tidak menjadi.

Terjumpa juga rakan rakan yang kebetulan datang pada masa yang sama. Aduhyaiii.... Sesi peluk memeluk la plak... Lecehhh... 

Dalam lif juga begitu. Memang dah dijangka. Satu hari ni memang sesi peluk memeluk dan berlaga pipi la jawabnya... 
Dalam pada itu terasa begitu diri ini masih dihargai dan kepulangan ini amat dinantikan...
Disebalik ini juga terdapat satu petanda bahawa ketiadaan aku mewujudkan ruang kosong di hati mereka. Syukurlah...

Alangkan sedihnya jika keadaan sebaliknya. 

Seperti biasa department aku antara yang tersibuk di jabatan ini. Walaupun hari pertama kerja perlu dijalankan. Tiada excuse buat aku... Boss telah mengarahkan aku dan beberapa orang lagi ke bangunan HQ untuk belajar sistem. Humang aihhh kena jalan kaki lah jawabnya. Nasib baik ada rakan pompuan seorang yang boleh aku pegang tangannya. Tongkat memang aku tinggalkan. Malu sehhhhh... 

Dan di penghujung hari boss panggil aku masuk ke biliknya dan bercakap dari hati ke hati tentang ketiadaan aku yang meninggalkan kesan pada mereka dan apa projek yang sedang menunggu aku. Semasa aku dibilik itu juga orang no 3 jabatan juga turut masuk dan bersua sapa denganku. Seiring masa bertukar, jam telah hampir pukul 5 petang dan aku minta diri sementara boss aku berbincang beberapa hal lain dengan boss nya.

So tamat sesi bekerja untuk hari ini. Syukur Alhamdulillahhhhh... Segalanya Kau Permudahkan. Aminnnnn


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.