Monday, 17 February 2014

AlFatihah


"Aku nak pencen awal laaaa... Aku bukan apa.. Petang petang aku nak sapu ubat, pas tu aku nak go solat maghrib... Kalau aku pencen senanggggg..." Dan seperti biasa dia ketawa senang hati...

"Ehhhh... Ko ni dari letak ayat ayat orang putih lebih baik ko taruk yang bahasa melayu... Nah.. Aku bagi ko buku ni..(mutiara kata) tiap kali mesyuarat pengurusan ko guna satu..."

"Aku ingat bila dah pencen aku nak ternak arowana la ma... Ko tengok tu.. Banyak kolam kolam kat situ" ketika perjalanan kami ahli mesyuarat ke Perlis kami sibuk melihat kolam arowana di kiri kanan jlebuh raya berhampiran bukit merah dan beberapa tempat lagi...

Kini kata kata nya antara yang terngiang di telinga hanyal tinggal kenangan. Dia telah telah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya.

AlAfatihah buat Tuan Haji Mohd Din Ahmad.. Moga rohnya dicucuri rahmat. Moga segala tunjuk ajarnya menjadikan pemberat timbalan timbang amalnya. Moga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Aminnnnnnnn...

Sesungguhnya bulan Februari bulan kesayangan aku dan bulan Februari juga aku kehilangan orang tersayang. Arwah abah juga pergi meninggalkan kami di bulan februari. Moga roh abah juga sedang berada di kalangan orang orang yang beriman dan jannah tempat arwah. AlFatihah....

Friday, 14 February 2014

Ini dia

Hasil pertama dari belakang rumah mama... Timun tanam sendiri bebas dari racun serangga. Dah nak tua timun aku. Bijinya dah besar tapi masih boleh dipotong... Rasanya manisss.. Hehhehehe puji sendiri lah.. 

Mon mon timun...

Huhuhuhuhu hati berbunga bunga bunga dan happy sangat sangat bila tiba umah mama. Tengok timun aku dah mengeluarkan hasil. Minggu lepas tinggal kecil jer timun ni. Dalam enam hari dia dah membesar bagai JOHAN hehhheheh pertama kali menanam timun dan berhasil....

Syukur Alhamdulilahhhhh.. Seronok sangat tengok. Tak sangka boleh mengeluarkan buah. 
Yang ni sangat kecil masa aku tinggalkan ahad lepas. Tengok dah besar ni dah....

Haaaaaaa yang ni dibalut. Tak tau dah tua atau masih muda. Jom petikkkkkkkk rasa... Huhuhuu


Ada lagi putik putik timun mon mon ku.... Layannnnn

Tiga biji sekali... Yang berbalut tu buah sulung. Mama kata simpan buat benih. Yang tu kecik kemetot jerr. Huhuhuhuh

Putik lagi.. Yang berbunga tu kacang buncis. Dah tinggi memanjat sama dengan timun... Baru berbunga. Harap lepas ni dapat rasa kacang buncis sendiri pula. Berbudi pada tanah memang tak rugi kan..... Syukur Alhamdulillah...





Wednesday, 12 February 2014

TOM ku sayang

Ini kucing maya aku. Huhuhuhu sejak kucing kesayangan aku dan mama dan seluruh keluargaku meninggalkan kami, tak sanggup rasanya nak bela kucing dah. Sedihnya masih terasa hingga kini. Jadi aku n mama membela kucing ini sahaja. Huhuhuu comel, domok.... 

Tuesday, 11 February 2014

Buah Tampoi

Lama tak jengah ke sini. Rindu yang amat sangatttt. Namun apakan daya. Aku mula jer masuk kerja dah bertalu talu projek yang datang. Tanpa henti. Teringat kata cerita lama p ramlee tu. Selagi tak tutup mata.. Kerja.. Kerja .. Kerja.. Huhuhuhu

Tapi buah ini buat aku rasa nak juga menulis. Ngantuk dan letih pun aku nak sangat tulis. Sebab dah lama aku cari buah ni tapi tak berrkesempatan. Pergi Gopeng haritu pun tak sempat nak singgah. Memang teringin sangat sangat. 

Syukur.. Nak dijadikan cerita, rakan yang baru pulang bertugas dari Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina baru baru ni di Taiping, balik bawa buah Tampoi dan buah rambai yang manis...

Terima kasih kak liza yang ingat kat kengkawan. 

Sedapnyaaaaaaaa.. Syukur Alhamdulillah... Tak rugi jika kita memenuhi keinginan orang lain. Tambahan lagi ibu atau saudara kita. Insyaallah jika teringin apa apa, akan dapat. Tak cepat lambat, akan ada rezeki kita. Kadang rasa susah nak dapat, tapi bila tiba rezekinya, adalah kita dapat merasa makanan tu. Subhanallah...

So, inilah buah tampoi bagi yang tak pernah tengok. Rasanya manis. Masam sedikit jer. Yang banyak manis. Bijinya tak boleh makan yer... Rambai plak tak sempat nak ambil gambar. Aku makan setangkai. Dengan bijinya sekali. Hehheheh..




Monday, 27 January 2014

Lantai Tiles Merekah dan Meninggi

Subuh jam 6.30 pagi aku dah sampai opis. Orang pertama sampai di tingkat aku. Main door aku buka. Gelap sangat. Lampu aku petik dan salam aku beri. Mula melangkah ke satu lagi pintu ukir kayu. Aikkkk... Ada sesuatu yang pelik....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Suspen??????

Bukan yang menakutkan tapi mengejutkan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lantai ini ternaik dan merekah. Sepanjang hadapan pintu. Alamakkkkk....


Bukit kecil meninggi

Pintu hanya boleh dibuka sikit. 


Melepasi bukit tiles merekah dan memasang lampu fasa kedua berseorangan. Buka satu lagi pintu, buka lagi lampu fasa ke tiga, baru lAh sampai tempat aku. Alhamdulillah....

Mengapa tiles tu merekah pecah yer? So surprised yang petang ni aku blog walking, ternampak satu cerita yang satu surau juga mengalami perkara yang sama. Tiles merekah.... Adakah suratan atau kebetulan?

Adakah disebabkan cuaca?

Hmmmmmm sedang kumpul fakta kaitannya....

Subhanallah....



Sunday, 26 January 2014

KL-Sabak Bernam-Gopeng: Mesah Hilir Residence Homestay

Dah seminggu peristiwa ni berlangsung.
Tapi terperam dalam minda. Sebelum hilangnya perkongsian ini baik aku catat serba sedikit...

Minggu lepas aku ke Gopeng, Perak. Dengan tujuan nak melawat sepupu aku di PLKN Gopeng. Persiapan aku lakukan seminggu lebih awal. Lihat google map. Tengok blog blog homestay dan sebagainya.
Aku tak pernah ke Gopeng lagi. Setakat lalu di highway tu biasalah. Atau mungkin kecik kecik mama bawa ke ipoh melalui teluk intan ke Ipoh.

Pilih punya pilih aku berkenan dengan Mesah Hilir Residence Homestay yang terletak di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Terus aku contact ownernya dan bankin via Maybank2u rm100 sebagai downpayment. Seminggu lepas tu barulah perjalanan bermula.

Kami konvoi dua kereta. Perjalanan ke Gopeng melalui jalan TelUk Intan-Chikus-Kampar-gopeng.
Dengan catatan kilometer lebih kurang 120 dari Sungai Besar ke Kampung Mesah Hilir.

Hati berbunga bunga. Teruja. Tempat tak pernah pergi memang mengujakan sesiapa sahaja. Termasuk ahli rombongan aku. Huhuhuhu tertanya tanya bagaimana rupanya homestay kami dan jauhnya ke Kem PLKN Gopeng.

Syukur Alahmdulillah, kami sampai di MAsjid berhampiran Homestay dan aku call Puan Rabitah Basir, kakak kepada owner homestay ini. Kami dijemput hingga sampai depan homestay.

Wowwwwww bestnya suasananyaaaa.. Dalam kebun... Ada pokok durian, cempedak dan macam macam lagi. Sebiji rumah dengan dua bilik tidur serta dua bilik air.

Pandangan hadapan homestay

Kawasan yang amat luas...



Jom layan gambarr.. Rumah yang amat selesa buat kami sekeluarga.


Dua bilik tidur. Satu ada aircond. Amat selesa.

Ada toto serta tilam juga disediakan sebagai tambahan.

Homestay ni tak jauh dari jalan besar. Masuk melalui jalan kecil dusun yang teduh dan mendamaikan.
Penjaga homestay ni tak kedekut. Dalam rumah disediakan segala kelengkapan. Dan juga sedikit bahan mentah seperti teh, gula dan minyak masak. Mohon dihalalkan semua yang kami guna.

Dan di saat aku teringin nak makan cempedak, tapi tak berkesempatan nak beli di tepi jalan kerana hari dah malam, sebelum maghrib Puan Rabitah serta suami telah susah payah menghantar lima enam biji buah cempedak buat kami semua. Secara percuma.

Antara cempedak yang diberikan oleh Puan Rabitah serta suami yang baik hati

Terima kasih banyak tuan tanah. Budi baik tuan/puan dibawa mati.
Mohon halalkan juga kami kutip buah getah di belakang homestay, kutip biji benih pokok yang warna kuning serta oren keliling rumah, guna teh gula serta sedikit minyak masak.
Minta halal juga checkout lewat pada jam 2 petang...
Moga bertambah rezeki serta lebih ramai yang menginap di sini.

Aku rekemenkan siapa siapa yang nak tengok anak di area Gopeng boleh menginap di sini. Dan aku juga pasti akan ke sini lagi. Insyaallah.

Cuma kena bawa tuala mandi sendiri dan mungkin owner boleh buat penambahbaikan dengan menyediakan tuala untuk tetamu.

Bayaran yang dikenakan adalah RM 180 untuk satu malam. Kepada sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan Mesah Hilir Homestay, boleh terus menghubungi Encik Abdul Raof Basir di talian 013-3500018

Untuk keterangan lanjut, homestay ni ada blognya sendiri. http://mesahilirresidencegopeng.blogspot.com

Dari pagi keluar homestay terus melawat sepupu aku di kem PLKN Gemilang, Gopeng. 




Saturday, 25 January 2014

Friday, 24 January 2014

kembali lagi...

salam Jumaat semua. hari dah hampir berkalih kala entri ini ditulis... dah lama tak menulis kat sini.

terasa begitu cepat masa meninggalkan aku. sedar tak sedar dah habis minggu ni dan aku dah berada kembali di kampung. bertemu mama tersayang. syukur Alhamdulillah....

melawat kebun sekangkang kera aku tu. huuuuu tak banyak berubah. kecuali  encik timun aku dah melepasi tali yang aku buat. entah nak memanjat ke mana pulak agaknya. ke awan macam citer pokok kacang ajaib tu agaknya. buah yang konon ditunggu2 juga tak menjadi. tak ada rezeki aku lagi... esok pagi masa untuk membelai.

penat seharian di pejabat hilang melihat mereka.

rasa rasa kaki kiri aku makin lemah lah. seminggu kerja tanpa memakai tongkat. entahlah.malu pun ada sebenarnya...  tadi kuatkan semangat konon nak pakai.. tapi tersadai juga. pagi tadi mesyuarat di luar jabatan pun tak pakai. kebetulan nak jadi rezeki, dapat parking berdekatan dengan pintu masuk jabatan tu, teruslah menapak jer dan menaiki lif. tak ramai yang sedar kekurangan aku....

moga minggu depan rasa weak ini akan bertambah hilang...

Friday, 17 January 2014

Buah Kuning Telur

Buah kuning telur ni aku beli dari Kebun Bahagia Bersama. Tiap kali beli ada jer buah buah yang best dan biji benih percuma. Terima kasih Diana... Buah ni aku peram dari minggu sudah. Hari ni dah masak betul. Dah lembut dan wangi isinya.

Hasil dari Kebun Bahagia Bersama...

Mama kisar dan tambah susu sedikit...

Tadaaaaaa hasilnya.. Jus buah kuning telur. Aku tak boleh nak describe rasa apa coz aku tak minum. Jus apokat juga aku tak minum. Cuma apa yang mama kata, rasa pekat yang mewah. Huhuhuhuuu lemak serta wangi... Subhanallah.. Berbagai jenis buah buahan Allah ciptakan di muka bumi ini. Ni baru area Nusantara. Kat negara lain entah apa pula buah nadir mereka..


Tq Diana.. Kerana Kebun Bahagia aku dapat mengenali dan merasa buah ini... Syukurlah...