Thursday, 9 October 2014

Pemukiman?

Jumaat yang mulia...
Ke pejabat dengan semangat baru dan tempat baru
Huhuhu tempat baru?
 Bkn tempat baru
Tapi tempat yang diubah
Dari belakang ke depan...

Tanah sekangkang kera dirampas
So buat penempatan baru
Hhahahha
Semua ada hikmahnya
Dan aku selesa dengan tempat baru
Sebelah papan penghadang tu pintu masuk opis...
Rakan rakan berkunjung bertanya ok ker senior officer duk depan sekali?
Jawapan aku kalau letak dalam stor pun aku ok. Huhuhuhu

Dan hari ini hingga ahad pemukiman di bilik latihan.
Jadi tak dapat balik umah mama...
Sedih...






Saturday, 23 August 2014

Lagu hari ini

Asfan - Maafkan Aku 


Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku


Tuesday, 19 August 2014

Talam pisang Tanduk???

Pisang tanduk biasa digoreng atau buat pengat jer. Entah apa gilanya,masa kat opis teringat apa akn jadi kalau pisang tanduk dibuat kuih talam ek.....?

Ini dia....

Balik jer opis smlm,pilih pisang tanduk paling kecil n paling msak, letak dlam blender, campur gula n santan kotak sikit, kemudian kisar.

Halus teksturnya bila dikisar.
Pas tu letak tepung gamdum sikit, kukus.
Sementara tunggu bawah masak, lebihan santan aku kacau dengan garam dan sedikit tepung.

Dlm 20 minit bawah dah masak, tuang santan. Dapat nipis jer sebab lengatnya kecil.

Dalam setengah jam, angkat. Dan letak untuk sejukkan bawah tudung saji.

Pagi ni baru potong di opis. Tadaaaaaaaaa

Cerita kita....

Bunga Sakura versi Malaysia ni baru nak banyak berbunga... Tak lama lagi meriahlah dengan bunga nya yang sarat tu.

Cantik betul bunga nya. Teringat nostalgia berulang ke kampung dari Alor Setar dulu dulu. Di tepi highway ditanam bunga ini. Dan time dia berbunga, pemandangannya asyik sekali.

Ya Allah.. Izinkan aku untuk membahagiakan mama sedaya upaya ku.... Aminnnnn

Thursday, 7 August 2014

Kembara Hari Raya

Raya ke 5 baru nie kami sekeluarga bergerak dua keta ke utara. Ke Changlun Kedah untuk menghantar sepupu aku ke Kolej Matrikulasi Kedah.

Pergi ikut jln dalam merentasi seberang perak, stiawan, pantai remis dan kuar di tol Changkat Jering masuk ke highway utara selatan.

Seronok g jalan jalan ngan family ramai ramai macam ni. Macam macam kerenah dan yang penting semuanya sekepala dan menjadikan perjalanan selama empat hari tiga malam lancar. Syukur kepada Allah yang menyelamatkan dan melancarkan perjalanan kami.

Sambil sambil tu sempat juga lah ke Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. Sempat juga menyambung tali silaturahim yang lama terpisah. Kenangan Raya tahun ni amat indah.

Wednesday, 6 August 2014

Laguku hari ini

Mahu ku bersama

Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi

Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Lagu : Jaga Dia Untukku
Artis : Siti Nurhaliza


Tuesday, 29 July 2014

Suasana di pagi raya ke tiga

Sunyi sepi...
Ramai yang masih belum balik ke kl. Masih meneruskan cuti panjang di kampung. Maklumlah ambil cuti tiga hari dah dapat sembilan hari cuti. Sangat panjang kan? Syukur. Bolehlah meneruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah sedara mara serta rakan taulan.

Aku sedang menunggu rakan opis. Nak sarapan serta jalan kejap entah kemana. Ikut idea nanti bila dia tiba. 




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Salam buat semua pembaca. Hari ninraya ketiga. Aku dah berada di KL sedari semalam.

Sesungguhnya raya kali ini paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga besar. Persengketaan keluarga yang berlaku berpuluh tahun lenyap dengan satu kunjungan. 

Mereka berpelukan dan bertangisan penuh emosi bercampur baur antara sedih, terharu, belas, dan meluputkan dendam, amarah serta rasa ego di hati masing masing. Dan kami yang menyaksikan drama hidup ini berjuraian air mata. Syukur Ya Allah. Menangis tanda syukur dan masing masing menarik nafas lega. Udara yang dihirup selepas ini penuh dengan kesyukuran. Maka bertambah lagi ahli keluarga kami. 

Alangkah... Alangkah bangganya arwah atuk jika dia masih hidup kalau dia menyaksikan peristiwa di Satu Syawal yang mulia kelmarin. Di mana anak anak menantunya dapat bergabung semula. Tapi aku rasa pahala yang dibuat oleh semua anak cucunya sampai padanya. Aminnnnnn. Insyaallah.

Dan di satu bahagian lain pula satu lagi persaudaraan yang lama renggang juga telah bertaut di Syawal yang kedua semalam. Moga ianya berlanjutan dan bukan hanya manis di bibir seperti janji janjinya yang terdahulu.

Dan aku pulang ke kl dengan hati yang berbunga besar dan tersenyum puas dengan apa yang telah diaturkan Allah SWT. Syukur yaAllah.

Bersatulah teguh bercerai roboh...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, 15 July 2014

Setahun telah berlalu

Kata orang jangan menoleh masa lepas. Tapi kata orang lain juga harus lihat masa lepas untuk mendapat yang lebih baik di masa akan datang. Dan aku masih melihat masa lepas untuk lebih menghargai masa sekarang dan akan datang...

Hari ini genap setahun. Setahun yang lepas tarikh yang sama, di bulan Ramadhan yang mulia aku masuk ward. Menanti hari operation pada 17.7.2013. Lagi dua hari, genap setahun juga.

Dan masa lepas aku lihat untuk aku lebih bersyukur. Syukur kerana aku masih boleh berjalan menggunakan kederat yang ada. Syukur kerana aku masih boleh memandu dan membawa mama ke mana sahaja pada bulan Ramadhan tahun ini. Berbeza dari tahun lepas, mama yang menjaga aku dan terpaksa bekorban demi aku.

Terima kasih mama...
Terima kasih semua...





Wednesday, 7 May 2014

Hari nie tak bz sangat kat opis. Mak (boss) tak der opis. Gi seminar di chiang mai, thai. So bapak (boss besar) asyik mai kacau anak anak buah. Pas tu bawa anak anak g tengok kapal yang sedang dalam pembinaan. Kapal apa? Nanti aku dedahkan. Kapal dalam bangunan. Huuuuu...

Jarang aku ke bangunan hq. Jarang aku berjalan keluar opis sejak bergelar OKU. Malas, penat dan gayat nak berjalan tanpa tongkat.

Dua minggu sudah aku jatuh terlentang di bilik air opis. Disaksikan seorang officemate dan guard aras aku. Lepas jatuh tak boleh bangun beberapa minit. Lepas tu boleh bangun dan boleh drive balik kampung. Keesokkannya... Fuhuuuuuuuu rasakan kesakitannya. Terpaksa bercuti sakit dan cuti rehat tiga hari. Itupun setelah berurut dan ke klinik.

Malang memang tak berbau. Aku memng kena lebih berhati hati agar tak terjatuh lagi. Kaki kiri yang lemah ni macam tak ada perubahan walaupun masih menjalani latihan fisioterapi. Bertongkat di opis malu. Jadi, terimalah padahnya jika jatuh. Nauzubillah...



Berbalik pada perjalanan aku siang tadi ke bangunan hq, seronok dapat berjalan dengan kawan kawan beramai ramai. Melihat tempat yang agak lama tak aku lihat. WaLaupun bangunan hanya bersebelahan, berjalan tanpa tongkat amat membahayakan aku. Sikit tersadung aku akan tergolek jtuh. Huhuhu
Jadi hanya berpaut pada rakan rakan dan bergantung pada mereka untuk sampai ke sana.


Bapak memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual...

Sedikit gambaran

Sang belangkas dicantumkan dekat dekat oleh bapak. Naughty....

Boleh siap ke ?....

Okay cukup sedikit perjalanan hari ini. Aku cuba juga ke sini jika berkesempatan untuk berkongsi pengalaman...