Showing posts with label Hari raya. Show all posts
Showing posts with label Hari raya. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Kembara Hari Raya

Raya ke 5 baru nie kami sekeluarga bergerak dua keta ke utara. Ke Changlun Kedah untuk menghantar sepupu aku ke Kolej Matrikulasi Kedah.

Pergi ikut jln dalam merentasi seberang perak, stiawan, pantai remis dan kuar di tol Changkat Jering masuk ke highway utara selatan.

Seronok g jalan jalan ngan family ramai ramai macam ni. Macam macam kerenah dan yang penting semuanya sekepala dan menjadikan perjalanan selama empat hari tiga malam lancar. Syukur kepada Allah yang menyelamatkan dan melancarkan perjalanan kami.

Sambil sambil tu sempat juga lah ke Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. Sempat juga menyambung tali silaturahim yang lama terpisah. Kenangan Raya tahun ni amat indah.

Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Salam buat semua pembaca. Hari ninraya ketiga. Aku dah berada di KL sedari semalam.

Sesungguhnya raya kali ini paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga besar. Persengketaan keluarga yang berlaku berpuluh tahun lenyap dengan satu kunjungan. 

Mereka berpelukan dan bertangisan penuh emosi bercampur baur antara sedih, terharu, belas, dan meluputkan dendam, amarah serta rasa ego di hati masing masing. Dan kami yang menyaksikan drama hidup ini berjuraian air mata. Syukur Ya Allah. Menangis tanda syukur dan masing masing menarik nafas lega. Udara yang dihirup selepas ini penuh dengan kesyukuran. Maka bertambah lagi ahli keluarga kami. 

Alangkah... Alangkah bangganya arwah atuk jika dia masih hidup kalau dia menyaksikan peristiwa di Satu Syawal yang mulia kelmarin. Di mana anak anak menantunya dapat bergabung semula. Tapi aku rasa pahala yang dibuat oleh semua anak cucunya sampai padanya. Aminnnnnn. Insyaallah.

Dan di satu bahagian lain pula satu lagi persaudaraan yang lama renggang juga telah bertaut di Syawal yang kedua semalam. Moga ianya berlanjutan dan bukan hanya manis di bibir seperti janji janjinya yang terdahulu.

Dan aku pulang ke kl dengan hati yang berbunga besar dan tersenyum puas dengan apa yang telah diaturkan Allah SWT. Syukur yaAllah.

Bersatulah teguh bercerai roboh...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN