Buah ceri segar yang berharga TL10 dibeli berhampiran hotel
Monday, 18 May 2015
Menjejak kaki ke Bursa, Turki
Alhamdulillah setelah 10 jam 20 minit menegangkan badan di dalam pesawat MAS dengan debaran kami berempat menjejakkan kaki ke Istanbul dan meneruskan perjalanan ke Bursa, Turki. Mengharungi perjalanan selama tiga jam lagi dan menaiki feri.
Thursday, 16 April 2015
Jalan Jawa, Teluk Intan, Perak
Ini rumah kuarters lama Lembaga Padi dan Beras Negara atau LPN. Dulu dulu sebelum diswastakan menjadi Syarikat Padi dan Beras Nasional atau BERNAS. Sama juga seperti LLN, Lembaga Letrik Negara yang kini menjadi TNB.
Aku lahir di sini. Di rumah ini oleh mama. Mama tak mau bersalin di hospital walaupun zaman tu kemudahan kesihatan dalam keadaan baik.
Tuesday, 14 April 2015
Pantai Sungai Burung, Sungai Besar
Ini entri lama. Baru nak upload.
Ini tempat pemancing memancing.
Uniknya air tak pernah kering di sini.
Walau surut tetap ada air.
Cetek pun tetap ada air.
Tempat ini sangat indah. Laut tenang tapi x boleh mandi.
Memang syurga kaki pancing.
Ada gelama, sembilang, baung, belukang, senangin, dan yang paling best pari banyak telah didaratkan di sini.
Dan yang paling unik kalau bernasib baik boleh lihat ikan lumba lumba
Aku dah banyak kali lihat ikan lumba lumba bermain main di persisir air.
Berkumpulan.
Time ni air surut. Tiada kaki pancing yang memancing.
Kecuali kelibat orang cina cina dari Bagan yang memanjang rumahnya hingga ke pantai ini.
Apa pun kalau sihat n ada kelapangan aku dan mama pasti ke sini.
Monday, 13 April 2015
CheckUp ulangan- HKL
Pagi ni ke HKL lagi. Ulangan pemeriksaan. Malas plak nak ceritakan apa kata Dr. Tadi. Mood ke laut. Insyaallah untuk ingatan selanjutnya, nanti nanti aku tulis. Buat hari ini, layan gambar xray untuk hari ini.
Anak panah putih tunjukkan bahagian paling nipis tulang rahang aku. Anak panah merah plak tunjukkan tulang yang dibuang setelah dijangkiti tumor. (Abaikan gigi aku yang berterabur tuh...)
Plat titanium nie berharga rm2,000 sahaja... Murah la plak jika nak banding ngan kos titanium spine. Lain jenis la babe...
Ok.. Ni je nak share. Mood masih ke laut. Tunggu balik laut yer. Huhu
Tuesday, 31 March 2015
Betik- berbudi pada tanah
Betik ni mama nampak dah kena tebuk masa nak ambik tebu siang tadi. Yang petua untuk maniskan jagung rebus. Dah kena tebuk hujungnya. Tapi bila dijolok jatuh ke rumput, masih keras lagi. Masih ada hijau hijau lagi. Tapi macamana dah kena tebuk kami pun tak tau. Mungkin tupai yang teringin sangat kot. Sedekah tu nak juga tapi memandangkan hijau lagi kami belah la makan sikit.
Malam ni makin kuning pula. Tapi nak makan lagi dah kenyang.
Ini isinya yang betul betul masak. Tuaian yang dulu. Empat biji sekali masak. Pokok ni dulunya aku yang tanam. Berbuah sangat lebat. Tapi entah apa salahnya dah berhenti berbuah hinggalah bebulan bulan lepas, aku mulai sedar yang putik betik makin banyak dan makin besar.
Pokoknya makin meninggi. Kena ambil galah jolok baru sampai. Mungkin pokoknya makin matang. Kena lah fikirkan pelapis pokok ni pula. Nanti kehabisan bekalan betik pula.
Monday, 30 March 2015
Tebu dan jagung
Ini rupanya tebu kecil aku yang baru ditebang dan terus dibelah dua untuk menjadi kawan jagung. Buat simpanan, petua dan panduan di masa akan datang dan kepada yang ingin mencarinya.
Buah letup kelambu...
Ini buah apa? Kalau ikut kata mama, zaman kanak kanaknya buah ini dipanggil letup letup kelambu. Kerana buahnya ada di dalam.. Kalau masak bewarna oren. Boleh makan katanya. Tapi aku tak pernah cuba. Adakah sama dengan buah dari luar negara tu? Kena tanya diana kebun bahagia nie...
Jagung-Cameron Highlands
Ini jagung mutiara...
Ceritanya, dulu senang jer setongkol jagung ni aku gigit dan makan. Tapi sejak operate baru ni, nak gigit jagung dari tongkolnya. Gigi bawah kebas dan rasa tebal je rahangnya... Cuba juga gigit tapi kebas. Jadi guna pisau atau cungkil dengan sudu plastik je lah yer.
Entri ini bukan pasal jagung sebenarnya.
Pasal gigi aku dan rahang..
Jagung baru diangkat. Masa rebus ni mama suruh masukkan sekali tebu. Jadi jagung yang sedia manis ni akan bertambah manis.. Petua orang tua tua.
Geram pula tengok isinya... Sebiji sebiji...
Jadinya satu demi satu aktiviti kita boleh cuba untuk mengetahui kebolehan dan tahap keupayaan kita. Walau setelah pembedahan apa sekalipun, atau selepas kehilangan anggota atau tragedi yang menimpa tubuh badan kita, hanya kita yang mengetahui. Kerana tahap keupayaan kita beda dari orang lain. Doktor mungkin akan kata kita boleh buat itu dan ini tetapi hanya kita yang mengetahui tahap badan kita. Yang penting usaha, tawakal, redho dan tak putus asa. Itu paling penting.
Walau apa pun, jangan ada sikap putus asa. Kalau kita putus asa, susah nak sembuh dan kembali hidup dengan positif.
Sunday, 29 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)






















