Monday 30 March 2015

Jagung-Cameron Highlands

Ini jagung mutiara... 
Entri ini bukan pasal jagung sebenarnya.
Pasal gigi aku dan rahang..
Jagung baru diangkat. Masa rebus ni mama suruh masukkan sekali tebu. Jadi jagung yang sedia manis ni akan bertambah manis.. Petua orang tua tua.

Geram pula tengok isinya... Sebiji sebiji...


Ceritanya, dulu senang jer setongkol jagung ni aku gigit dan makan. Tapi sejak operate baru ni, nak gigit jagung dari tongkolnya. Gigi bawah kebas dan rasa tebal je rahangnya... Cuba juga gigit tapi kebas. Jadi guna pisau atau cungkil dengan sudu plastik je lah yer. 

Jadinya satu demi satu aktiviti kita boleh cuba untuk mengetahui kebolehan dan tahap keupayaan kita. Walau setelah pembedahan apa sekalipun, atau selepas kehilangan anggota atau tragedi yang menimpa tubuh badan kita, hanya kita yang mengetahui. Kerana tahap keupayaan kita beda dari orang lain. Doktor mungkin akan kata kita boleh buat itu dan ini tetapi hanya kita yang mengetahui tahap badan kita. Yang penting usaha, tawakal, redho dan tak putus asa. Itu paling penting.

Walau apa pun, jangan ada sikap putus asa. Kalau kita putus asa, susah nak sembuh dan kembali hidup dengan positif.

Subhanallah, cantik sungguh bunga ini...

Cantiknya...

Sekian entri untuk hari ini...




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.