Wednesday, 12 February 2020

Tahun 2020

Salah sejahtera semua
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat waalfiat hendaknya. Amiin.

Tahun baru 2020 masih berada dalam mood nya lagi. Tahun baru 2020 aku mulai dengan sambutan di Wad HKL dan 1.1.2020 aku menjalani pembedahan buat kali ke empat dalam hidup aku. Pembedahan kali ini yang paling minor dari tiga sebelumnya namun hingga 13 Februari ini lukanya masih belum sembuh dan memerlukan aku pergi 'dressing' tiga atau empat hari sekali.

Semakin berusia semakin aku terfikir garisan penamat hidup ini. Dengan pemergian mengejut Arwah Abam Bocey dua hari yang lalu, membuat aku terfikir. Itu di kalangan artis. Yang kita ketahui perginya mengejut. Bagaimana dengan orang kebanyakan. Mesti saban hari ada sahaja kematian mengejut dalam kalangan masyarakat kita. Dan kita sendiri?

Dan aku telah mengalaminya 13 tahun yang lepas. Bila arwah abah aku meninggalkan kami serta merta tanpa pesan tanpa tanda.

Hmmmmmmm... keluhan panjang yang masih belum memberikan apa apa makna dalam hidup aku. Sedang menuju perubahan yang lebih baik. Sedang mengganti solat yang pernah ku tinggalkan dulu dan juga kini sedang menutup lompong lompong yang ada.

Aku sedang memperbaiki diri bagi menghadapi kematian yang mengejut. Atau kematian yang entah bagaimana Allah takdirkan.
apa pun, Yang bila kita tiada, hanya yang baik-baik sahaja yang keluar dari mulut mereka yang mengenali kita. Hmmm bukankah bila kita tiada semua yang baik2 keluar? Hanya kerana simpati terhadap kita?

Moga Allah permudahkan urusan aku dan juga kalian semua. Amiinn.

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.