Tuesday 14 July 2015

Ramadhan ke 28- daging, daun ketupat

Ramadhan semakin meninggalkan aku. Entah adakah Ramadhan untuk aku dan aku bersama mama tahun hadapan? Moga Allah masih memberi izinNya.
Di sana sini orang sibuk membuat persiapan raya. Lagi dua hari nak raya, Insyaallah pembelian barang tertumpu pada daging, tulang, daun ketupat, halia lengkuas serai dan lain lain. Kuih muih ditinggalkan sementara waktu.. Namun kain baju masih ada yang shopping saat akhir. Mencari keperluan anak anak di saat akhir.

Masa ini lah tersedar butang baju melayu tak ada.
Songkok perlu ditukar.
Tudung tak matching warnanya.
Balang kuih tinggal dua. tiga lagi hilang entah ke mana.
Masa ni lah baru tahu seluar lama tak boleh pakai
Kena beli baru.
Masa ni juga baru tahu samping sudah digigit lipas.
Anak anak berebut mahukan kasut sama warna dan jenama.
Masa ni lah bateri jam dah habis...

Huhuhu
Pelbagai warna dan gelagat...

Jadi nya, sibuk bertambah sibuk di saat saat akhir Ramadhan ini.

Seronok dan meriah. 100% happy aku tahun ini. 

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.