Thursday 12 February 2015

Review hari ini

Review hari ini:

Hari ni berjumpa ramai pakar pakar. Walaupun lambat sampai. Pertama berjumpa dengan si cantik serta lemah lembut, Dr. Nur Aizilia Khairudin. Lepas tu dr. Aizilia panggil pakar bedah mulut yang sama sama berada di dewan bedah aritu, Dr. Hanim. Nampak dan bertembung juga dengan Dr. Jonathan serta Dr. Fadhli Reza. so, Antara dapatan hari ini:
- luka dalam mulut hampir 90% sembuh namun masih ada benang yang belum hapus di bahagian dalam mulut
- tegang dan bengkak masih ada lagi dan akan jumpa dr. Lagi dalam masa dua bulan dari sekarang.
- beberapa benang jahitan otot dalam yang terkeluar dikerjakan oleh Dr. Hanim kali ni, ditarik keluar selagi dapat dan dipotong. Sakit? Fuhhhh sakit derrrrr... Benang dah tertanam dalam isi ditarik. Huuuu namun apalah sangat kesakitan ni. Masih boleh bertahan. Jika tak dikeluarkan dan ianya terkeluar sendiri boleh dapat jangkitan lagi sekali seperti yang terjadi dulu.
- implan gigi kiri bahagian geraham tidak disyorkan kerana keadaan rahang yang dibuang tempoh hari tak mengizinkan implan dipasang
- dr. Hanim mencadangkan agar gigi belah kanan yang masih baik dijaga dan di letakkan implan bila dah kukuh dan cukup baik
(Sayangnya aku tak bawa ipad atau hp untuk rakamkan gambar plat yang dipasang di rahang kiri aku untuk dijadikan simpanan)
- bekas jahitan dan pembedahan boleh mula diletakkan krim vitamin E dan boleh diurut perlahan lahan bagi melembutkan otot serta kesan parut yang timbul. Ada sesetengah bahagian yang tebal parutnya.
- sekali lagi, masa jadi faktor menentukan semua kebas dan tegang jadi lebih baik.
- dan sekali lagi diceritakan betapa tumor itu meliputi bahagian yang cukup besar dan terpaksa dibuang hingga kesannya agak lama baru pulih seperti yang aku alami sekarang. Dengan bantuan mandible arca yang diterangkan secara terperinci oleh Dr. Hanim
- teruskan makan mecobalamin 500mg untuk pemulihan saraf. Oleh kerana bekalan dari spine ortopedik masih ada tiada sebarang ubat dibekalkan untuk aku kali ni

Tambahan cuti sakit hingga 18.2.2015 sehingga raya cina lah aku cuti. Insyaallah yang terakhir. Dan akan datang lagi ke Klinik Bedah Mulut pada 13.4.2015 akan datang. Sayonara. Hingga jumpa lagi.
Audious...



4 comments:

  1. System sekarang memang mesti ada beberapa doktor tengokkan untuk berbincang. Yalah masing-masing ada kepakaranNya elok begitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan di hospital awam dah bertambah tambah baik dan efisien..

      Delete
  2. Encik ada pasang implan gigi ke ya

    ReplyDelete
  3. Tak der lagi dik.. X bleh pasang sebb rahang tak kuat. Kalu nak pasang implan gigi ni, klinik gigi kerajaan akan bagi surat dan suruh kita ke klinik bedah mulut. Biasanya hospital besar ada. Cth hospital kuala lumpur, hospital teluk intan dll. Kalu namanya klinik bedah mulut, biasanya derang leh buat. Tapi gigi tu kena bayar. Yang percuma pembedahan dan kos masuk sepital jer...

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.