Saturday 21 February 2015

Pisang Berangan

Pulang ke Munduk Putu Sal hati berbunga riang. Ada hadiah menunggu dengan penuh setianya... Hehhehe

Syukurlah kau bertongkat di tembok wahai buah yang manis. Huhuhu kalo idak sudah tentu kao jatuh ke bumi juak. Hehhehe so sangat syukur sebab dia tau kami memang tak larat nak tebang pokok nya. Takat tebang aku masih mampu. Tapi nak ampu buahnya dari jatuh ke tanah memang aku atau mama tak kan mampu. Ohhhh.. Ini memerlukan tenaga luar biasa. Hheheh

Ini buah masak pokok pastinya sangat manis. Aku selalu sengaja berimaginasi polos dan bodoh. Bagaimana tiap pokok buah contohnya pisang. Banyak jenis pisang tahu dan pandai membuat resepi buah mereka sendiri. Sebab walau di mana mereka di tanam, rasa buahnya tetap sama kan. Subhanallah..... 
Lihat di bawah buah yang masak tu ada kesan di ambil buahnya. Dah tentu tentu bukan tupai atau burung kan...
Dah rasa ngan mama. Seorang sebiji. Memang manisnwalaupun belum masak sangat. Masih keras sikit sikit. Dan untuk memakan buah pisang dulu sekali ngap jer masuk dalam mulut aku. Sekarang dah ada batasnya. Tak boleh nganga luas even untuk sebiji pisang lolos dalam mulut. Kena gigit sikit demi sikitlah jawabnya...

Ada rezeki burung di sebelah bawah....

Jadinya aktiviti petang ni ialah menurunkan pisang dari tembok rumah. Daaaa nanti sambung lagi yar...




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.