Tuesday 29 July 2014

Suasana di pagi raya ke tiga

Sunyi sepi...
Ramai yang masih belum balik ke kl. Masih meneruskan cuti panjang di kampung. Maklumlah ambil cuti tiga hari dah dapat sembilan hari cuti. Sangat panjang kan? Syukur. Bolehlah meneruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah sedara mara serta rakan taulan.

Aku sedang menunggu rakan opis. Nak sarapan serta jalan kejap entah kemana. Ikut idea nanti bila dia tiba. 




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Salam buat semua pembaca. Hari ninraya ketiga. Aku dah berada di KL sedari semalam.

Sesungguhnya raya kali ini paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga besar. Persengketaan keluarga yang berlaku berpuluh tahun lenyap dengan satu kunjungan. 

Mereka berpelukan dan bertangisan penuh emosi bercampur baur antara sedih, terharu, belas, dan meluputkan dendam, amarah serta rasa ego di hati masing masing. Dan kami yang menyaksikan drama hidup ini berjuraian air mata. Syukur Ya Allah. Menangis tanda syukur dan masing masing menarik nafas lega. Udara yang dihirup selepas ini penuh dengan kesyukuran. Maka bertambah lagi ahli keluarga kami. 

Alangkah... Alangkah bangganya arwah atuk jika dia masih hidup kalau dia menyaksikan peristiwa di Satu Syawal yang mulia kelmarin. Di mana anak anak menantunya dapat bergabung semula. Tapi aku rasa pahala yang dibuat oleh semua anak cucunya sampai padanya. Aminnnnnn. Insyaallah.

Dan di satu bahagian lain pula satu lagi persaudaraan yang lama renggang juga telah bertaut di Syawal yang kedua semalam. Moga ianya berlanjutan dan bukan hanya manis di bibir seperti janji janjinya yang terdahulu.

Dan aku pulang ke kl dengan hati yang berbunga besar dan tersenyum puas dengan apa yang telah diaturkan Allah SWT. Syukur yaAllah.

Bersatulah teguh bercerai roboh...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday 15 July 2014

Setahun telah berlalu

Kata orang jangan menoleh masa lepas. Tapi kata orang lain juga harus lihat masa lepas untuk mendapat yang lebih baik di masa akan datang. Dan aku masih melihat masa lepas untuk lebih menghargai masa sekarang dan akan datang...

Hari ini genap setahun. Setahun yang lepas tarikh yang sama, di bulan Ramadhan yang mulia aku masuk ward. Menanti hari operation pada 17.7.2013. Lagi dua hari, genap setahun juga.

Dan masa lepas aku lihat untuk aku lebih bersyukur. Syukur kerana aku masih boleh berjalan menggunakan kederat yang ada. Syukur kerana aku masih boleh memandu dan membawa mama ke mana sahaja pada bulan Ramadhan tahun ini. Berbeza dari tahun lepas, mama yang menjaga aku dan terpaksa bekorban demi aku.

Terima kasih mama...
Terima kasih semua...