Monday 21 April 2014

Menyapu rumah yang sudah berhabuk...


Salam sejahtera semua. Dah lama sungguh aku tak jengah rumah kesayangan aku nie... Entah apa yang bocor agaknya... Habuknya dah sekaki tebal. Huhuhu meh sini aku sapu sawang n lap ekkkk... Ala cayang cayanggggg dier...

Hambatan kerja dan masa yang singkat menghalang jari ini mengetuk keyboard berhubung secara maya...

Terasa ingin sangat menulis tapi bila dah balik rumah, penat sangat. Sejak bergelar OKU ni pergerakan terbatas dan cepat letih. Balik rumah sempat mesin kain, sidai, jirus pokok bunga sedikit dan zzzzZzzzZzzzz. Itu sahaja rutin. Kalau rajin, masak dan memasak untuk bekalan esok pagi. Atau buat kuih kuih untuk rakan rakan. Atau kek pelangi di blog azie jaya tu yang aku mampu buat. Selebihnya tidur dan berehat. Paling tidak aktiviti yang menyekat persinggahan aku di sini ialah menatang kata bawah nie. Rajin sungguh ku mengunjungi ladang ini utk bercucuk tanam. Melalaikan? Kat kl tu memang aku tak reti bersosial pun.....

Nie la ladang aku. Melekakan tanam pokok, bela ternakan dan menguruskan ladang. Hurmmmmm...




Selitan sedikit. Anak kucin comel dan tak berdosa ni aku temui kat depan parking keta aku kat bandar baru sentul tu. Nasib tak terpijak. Lama aku tunggu si ibu tak juga muncul muncul.  Aku pun korek kereta dan bagi dia. Letakkan bantal kecil aku yang dah buruk dalam tu dan latakkan sikecil ni. Moga mak dia datang ambil. Esok pagi aku dah tak nampak kelibat si comel ni dah...

1 comment:

  1. Harap-harap bonda si comel dah ambil bawa tempat selamat.

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.