Benang jahitan yang tertinggal di pat lima tempat tu benang jahitan otot dalam. Bukannya jahitan kulit luar. Kalau ditarik buang pasti berdarah. Benang kaler ungu tu akan dibiarkan saja hingga reput dan hilang sendiri. Cuma dia buang yang terkeluar tu jer.
Dan kali ni juga buang jahitan dalam mulut untuk mengelak dari makanan terlekat dan kuman berkumpul di situ. Berdarah juga semasa aktiviti dijalankan. Tapi sakit sikit jer.
Tunggu kejap, Dr. azilia panggil Dr. Shamsul. Boss besar bawah HOD kat Klinik Bedah Mulut HKL. Antara penerangannya yang baru dan yang ulang tayang adalah:
- tumor lebih banyak menyerang tisu daripada tulang rahang
- plat dipasang untuk mengelakkan rahang patah
- mungkin akan dibiarkan atau dibuang semula melalui pembedahan sekali lagi bergantung pada keadaan
- hasil analisis tumor yang dibuang syukurlah bukan kanser. Namun kebarangkalian untuk ia tumbuh lagi akan ada dan berjaga jaga jika ada sebarang kelainan. Ada namanya tapi aku lupa nak tuliskan. Sebab nampak Dr. Shamsul rujuk surat dan kertas dari fail aku
- tumor menjadi kanser juga ada kebarangkalian dan dia hanya tersenyum comel menjawab pertanyaan ku
- bengkak bawah dagu perlukan masa untuk sembuh dan masa penentu segalanya
- perlu datang lagi untuk ulangan pemeriksaan pada 12.2.2015
Dr. Azilia
- untuk gigi geraham yang dibuang tiga batang, boleh buat gigi palsu ataupun implan
- boleh buat di Klinik yang sama
- massage boleh buat ke atas bengkak untuk lembutkannya. Tunggu dua minggu lagi
- sebarang rawatan gigi juga kena tunggu lagi dua minggu
- ubat saraf ditukar dari Vitbion Forte Tablet tu ke Mecobalamin 500mg (tapi oleh kerana spine aku juga telah dibekalkan ubat yang sama jadi aku tak nak amik dah. Cuma tramadol jer aku minta dari dr.)
Assalamualaikum boleh tanya apa namapenyakit tuan
ReplyDeleteAssalamualaikum boleh tanya apa namapenyakit tuan
ReplyDeletevitbion forte memang untuk saraf ke?
ReplyDeleteBenar. Kata doc, pil ini adalah vitamin saraf
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya juga dibekalkan dengan 42 biji vitbion forte tablet kerana saraf di siku saya tersepit kerana terhantuk.
ReplyDelete