Wednesday, 21 January 2015

Penjagaan dalam mulut selepas pembedahan

Hari ni dua minggu aku menjalani pembedahan pembuangan tumor rahang. 
Cara penjagaan dalam mulut yang telah dijahit dan luka, seperti biasa, gosok gigi dan lidah dua kali sehari. 

Aku guna berus gigi kanak kanak kerana mulut aku masih sukar dibuka luas. Jadinya penggunaaan berus gigi kanak kanak amat sesuai dan selesa denganku buat masa sekarang. Selepas tiap kali gosok gigi kena kumur dengan ubat kumur yang telah dibekalkan dari HKL. Kalau dah habis boleh beli di mana mana farmasi. Macam sebelum ni aku beli je kat farmasi. Bacticol kot kalu tak salah aku nama ubat kumur tu. listerine bagai tu hanya untuk menghapus bau mulut dan kebersihan mulut. Tapi ubat kumur ni membasmi kuman dan sesuai untuk yang mengalami luka dalam mulut.

Yang ni masa kat wad dah dapat. Derang dah cairkan dengan air suling katernyer.

Yang dalam botol warna airnya biru tu ubat kumur aku.

Bab makan pula usah ceritalah. Masih berpantang sebab luka dalam mulut ni masih tersengih. Takut makanan lekat dan bakteria berkumpul. Aku juga yang susah nanti kalau tak jaga bebetul.

Jadinya tiap kali makan bubur nasi kena la kumur kumur yer.
Yang keras keras aku makan buah apple je lah. Tak tahan godaan. Tu pun siksa mengunyahnya. Sikit demi sikit lah kan.. Takat mana yang lalu.

Esok pagi pagi aku ke HKL. Ada bekas jahitan yang dah kena infection tu nak kena ngadu ler kan....

Okay mata dah ngantuk.

Selamat malam semua..


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.